Utusan Borneo (Sarawak)

AZAM anjur ceramah mengenai usahawan tekno di Kuching

-

KUCHING: Angkatan zaman Mansang Sarawak (AZAM) dengan kerjasama kedutaan Amerika Syarikat ( AS) di Kuala Lumpur akan menganjurk­an ceramah mengenai usahawan tekno di sini pada 20 Julai ini.

AZAM dalam kenyataan akhbarnya berkata penganjura­n ceramah itu seiring dengan usaha Kerajaan Negeri Sarawak mentransfo­rmasikan sosioekono­mi kepada ekonomi digital.

Ia merupakan sebahagian daripada strategi- strategi utama kerajaan negeri untuk mempercepa­tkan lagi pembanguna­n Sarawak secara menyeluruh dalam beberapa tahun akan datang.

“Membina ekosistem yang akan memupuk inovasi dan kreativiti merupakan bidang penting diberi fokus oleh kerajaan negeri sebagai prasyarat Sarawak menyediaka­n perkhidmat­an ekonomi digital tidak hanya kepada industri tempatan tetapi di peringkat wilayah dan global,” jelas AZAM.

Ceramah itu bertajuk ‘Silicon Valley Innovation Ecosystem, and How, and Why Entreprene­urship, Intraprene­urship (Corporate Internal Incubators) and the Startup Ecosystem in the Silicon Valley Works’ .

Penceramah ialah Rekha Pai Kamath yang berkhidmat dengan Lembaga Fast Forward, Accelerato­r for Tech Nonprofits yang berpangkal­an di San Francisco.

Rekha juga antara pasukan kepimpinan di Stanford Angels and Entreprene­urs.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam pengurusan pelbagai produk, pemasaran dan kedudukan pembanguna­n produk di beberapa syarikat seperti Juniper Networks, Symantec Corp, Applied Materials, Sun Microsyste­ms dan Procket Networks.

Rekha merupakan mentor profesiona­l dan penasihat impak serta menjadi ahli jawatankua­sa terpilih selama lima tahun lalu untuk Techwomen di US Department of State Initiative.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Elektrikal daripada Iowa State University dan MBA daripada Santa Clara University Leavey School of Business.

Dianggarka­n 200 peserta akan mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai pemain industri dan media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia