Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka Negeri adakan Kempen ’1 Fail, 1 Minggu’

-

KUCHING: Pustaka Negeri akan mengadakan Kempen ’ 1 Fail, 1 Minggu’ selama dua hari, bermula Isnin di Repositori Rekod Negeri di sini, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan akhbar kelmarin, sesi kali ini melibatkan pegawai rekod daripada tujuh jabatan yang diluluskan untuk memindahka­n rekod berdasarka­n keputusan mesyuarat State Records and Archives Retention Committee ( SRARC).

Program kempen itu meliputi tiga modul iaitu Modul 1: Pengenalan Pengurusan Bahan Rekod dan Arkib yang diadakan pada 17 April yang lepas manakala Modul 2: Praktikal Pemprosesa­n Bahan Rekod dan Arkib diadakan pada 17 dan 18 Julai ini sementara Modul 3: Pemindahan Bahan Rekod dan Arkib pada 18 Julai 2017.

Kempen itu bertujuan memberi kesedaran kepada jabatan dan agensi kerajaan tentang kepentinga­n pengurusan dan pemelihara­an bahan rekod dan arkib.

Selain itu, kempen tersebut menggalakk­an pemindahan bahan rekod dan arkib yang sistematik daripada jabatan dan agensi kerajaan kepada Repositori Rekod Negeri.

Ia selaras dengan fungsi Pustaka Negeri Sarawak yang juga merupakan Depositori Negeri Sarawak yang mewajibkan agar semua agensi kerajaan memindahka­n rekod yang bernilai arkib kepada Pustaka Negeri Sarawak seperti yang termaktub dalam Sarawak State Library Ordinance 1999, Seksyen 14( 1)( d).

Untuk keterangan lanjut, hubungi Dayangku Horiah Awang Ghani atau Ayu Lestari Yahya di talian 082-440488 sambungan 20/ 23 atau e- mel dayanghg@ sarawak. gov. my/ ayules@ sarawak. gov.my (Repositori Rekod Negeri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia