Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada alasan untuk tidak tuntut kad pengenalan

Ada 231 pejabat JPN di seluruh negara boleh dikunjungi

-

JITRA: Tiada alasan untuk orang ramai tidak menuntut kad pengenalan yang sudah siap dikeluarka­n memandangk­an terdapat 231 pejabat Jabatan Pendaftara­n Negara ( JPN) di seluruh negara ketika ini, kata Ketua Pengarah JPN Datuk Mohd Yazid Ramli.

Malah kata beliau, jumlah itu juga dijangka akan bertambah dengan pembinaan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) dan Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) yang baharu berikutan jabatan itu merupakan satu daripada agensi yang diwajibkan untuk berada di setiap pusat transforma­si.

“Sekiranya mereka uzur atau tidak mampu untuk mengutip kad pengenalan di pejabat JPN daerah, kami ada menyediaka­n perkhidmat­an bergerak sama ada ke rumah atau ke hospital, hanya perlu maklumkan kepada JPN.

“M a l a h k a l a u t i d a k sempat berurusan pada waktu siang, pejabat JPN di UTC ada beroperasi sehingga jam 10 malam,” katanya selepas melancarka­n Hab Percetakan Teragih (DPP) MyKad negeri Kedah di sini semalam.

Sebanyak 159,000 kad pengenalan direkodkan oleh JPN masih belum dituntut oleh pemiliknya hingga ada yang melebihi tempoh dua tahun.

Sehubungan itu, JPN sebelum ini bercadang untuk memendekka­n tempoh sah laku resit kad pengenalan sementara sebagai satu daripada inisiatif untuk

Sekiranya mereka uzur atau tidak mampu untuk mengutip kad pengenalan di pejabat JPN daerah, kami ada menyediaka­n perkhidmat­an bergerak sama ada ke rumah atau ke hospital, hanya perlu maklumkan kepada JPN. Datuk Mohd Yazid Ramli Ketua Pengarah JPN

mengurangk­an kes MyKad yang tidak dituntut selain bercadang menaikkan kadar fi kepada mereka yang gagal menuntut dalam tempoh yang diberikan.

Projek Hab DPP membolehka­n tempoh serahan MyKad bagi pejabat Sub Hab dapat dipendekka­n dari 10 hari bekerja kepada lima hari untuk Semenanjun­g Malaysia serta dari 30 hari kepada tujuh hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak.

Sebanyak 36 daripada 55 pejabat DPP di seluruh negara telah dijadikan hab DPP yang akan mencetak permohonan MyKad dari 157 pejabat JPN berdekatan (Sub Hab), sekali gus menjimatka­n tempoh siap pengeluara­n MyKad antara 50 hingga 77 peratus.

Di Kedah, ia melibatkan dua hab iaitu di ibu pejabat JPN Kedah yang akan membuat cetakan bagi permohonan MyKad dari Sub Hab JPN Padang Terap, Pendang, Yan, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, RTC Napoh dan Bandar Baharu manakala UTC Alor Setar membuat cetakan bagi permohonan dari Sub Hab JPN Baling dan Langkawi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Mohd Yazid (kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima MyKad pada Majlis Perasmian Hab Percetakan Teragih (Distribute­d Printing Project-DPP) MyKad negeri Kedah di Jitra, semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Mohd Yazid (kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima MyKad pada Majlis Perasmian Hab Percetakan Teragih (Distribute­d Printing Project-DPP) MyKad negeri Kedah di Jitra, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MULAKAN LARIAN: Para peserta ‘Hot and Cold’ memulakan larian dalam aktiviti anjuran Yayasan AIDS Malaysia dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MULAKAN LARIAN: Para peserta ‘Hot and Cold’ memulakan larian dalam aktiviti anjuran Yayasan AIDS Malaysia dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia