Utusan Borneo (Sarawak)

Rabies: Tiada keperluan untuk kuarantin buat masa ini

-

PASIR SALAK: Tiada keperluan untuk melaks a n a k a n k u a r a n t i n k e atas penduduk di beberapa kawasan di daerah Serian, Sarawak yang terjejas akibat virus penyakit anjing gila atau rabies buat masa ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahm a n b e r k a t a , t i n d a k a n bagi mencegah penularan wabak itu dikhuatiri akan menjejaska­n aktiviti ekonomi dan sosial penduduk di kawasan berkenaan.

“T i n d a k a n k u a r a n - tin (penduduk) itu kalau ia terlalu serius tetapi kita perlu fikir pro dan kontra sebelum ambil tindakan kuarantin di keseluruha­n kawasan itu.

“Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) sedang giat melaksanak­an pelbagai langkah pencegahan bagi memastikan wabak berkenaan tidak terus menular di kawasan lain,” kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Aidilfitri Parlimen Pasir Salak di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan, De- gong yang turut dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung di sini malam kelmarin.

Tajuddin berkata beliau akan merujuk kepada JPVS dalam tempoh terdekat bagi mendapatka­n perkembang­an terkini seterusnya mengadakan perbincang­an mengenai tindakan pencegahan lebih serius yang perlu dilaksanak­an.

Beliau berkata JPVS telah melakukan pelbagai langkah pencegahan terbaik sehingga kini seperti memperluas­kan radius suntikan dan akan menambah jumlah vaksin anjing dan kucing mengikut keperluan semasa.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumka­n sehingga petang semalam, JPVS telah memvaksink­an 3,785 haiwan kesayangan berbanding 2,801 pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, sebanyak 952 anjing, 2,810 kucing dan 23 haiwan lain telah diberi suntikan vaksin.

Secara kumulatif dari 1 April hingga 15 Julai, aktiviti pengesanan kes secara aktif mengesan sebanyak 290 kes gigitan anjing dalam kawasan 10 kilometer dari kawasan wabak di Bahagian Serian.

Kenyataan itu berkata sebanyak 66 daripada 290 kes gigitan merupakan kes gigitan baharu dari tempoh 2 Julai hingga semalam dengan 14 kes gigitan anjing baharu dikesan semalam dan sebanyak 229 kes telah diberi vaksin.

Kampung Paon Sungai Rimu, Kampung Paon Sungai Rimu Bakung, Kampung Remun, Kampung Lebor, Kampung Krait, Kampung Saroban dan Kampung Tangga di daerah Serian diisytihar sebagai kawasan wabak rabies setakat Khamis lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia