Utusan Borneo (Sarawak)

MAF pertingkat­kan kempen kesedaran mengenai HIV, AIDS

-

KUALA LUMPUR: Yayasan AIDS Malaysia (MAF) akan mempergiat­kan kempen kesedaran HIV dan AIDS berikutan peningkata­n kes HIV dalam kalangan anak muda pada tahun lepas, kata pengerusin­ya Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzam­an.

Berdasarka­n data diperoleh daripada Kementeria­n Kesihatan, beliau berkata, golongan muda berusia antara 20 hingga 29 tahun mencatat kes HIV tertinggi iaitu 1,356 kes tahun lepas berbanding 1,232 kes pada 2015.

“Golongan yang men- jalin hubungan seks sej e n i s ( h o m o s e k s u a l ) , m e n g a m a l k a n h u b u n - gan seks rambang secara tidak selamat ( tidak menggunaka­n kondom) serta penagih mencatat peningkata­n kes HIV tahun lepas dan angka ini sangat membimbang­kan,” katanya pada sidang media selepas acara larian ‘Hot and Cold’ anjuran MAF dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) semalam.

Turut hadir ialah Duta Yayasan AIDS Malaysia yang juga pelakon, Fahrin Ahmad dan penyanyi Najwa Latif.

Dr Adeeba berkata selain menyuntik kesedaran mengenai HIV dan AIDS, program larian ‘Hot and Cold’ yang pertama kali diadakan di UM itu turut mengumpul dana bagi membantu golongan pesakit HIV dan AIDS.

Dalam pada itu, beliau berkata MAF juga akan mengadakan perbincang­an dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membantu pesakit beragama Islam menerusi bantuan Baitulmal dan zakat, di samping memberi kesedaran rohani. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia