Utusan Borneo (Sarawak)

Thai hantar pasukan penyiasat ke Malaysia

Diberi lampu hijau siasat syarikat yang dituduh menjadi ‘sindiket jenayah rentas sempadan’

-

BANGKOK: Satu pasukan penyiasat Thailand akan ke Malaysia tidak lama lagi bagi menyiasat dengan lebih mendalam ke atas sebuah syarikat Malaysia yang dituduh menjadi ‘sindiket jenayah rentas sempadan’ di negara ini.

Bernama diberitahu bahawa lampu hijau untuk menghantar penyiasat Thai ke Malaysia itu dicapai semasa mesyuarat yang diadakan oleh kedua-dua negara baru-baru ini mengenai kerjasama penguatkua­saan undang-undang antinarkot­ik di Chiang Rai, utara Thailand.

Walaupun kedatangan kumpulan itu khusus untuk menukar maklumat dengan Malaysia mengenai firma terbabit, pasukan penyiasat Thai juga akan menggunaka­n pertemuan itu untuk membuat susulan terhadap petunjuk baharu yang

Mereka akan mencari lebih banyak maklumat mengenai syarikat itu. Mereka akan membincang­kan mengenai bukti dan maklumat.

didakwa menghubung­kan syarikat Malaysia itu dengan perdaganga­n dadah transnasio­nal.

“Mereka akan mencari lebih banyak maklumat mengenai syarikat itu. Mereka akan membincang­kan mengenai bukti dan maklumat,” kata sumber peringkat tinggi dalam pasukan penyiasat Thai itu kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata pasukan itu akan ke Malaysia seperti yang dijadualka­n pada akhir bulan ini.

“Kami ingin tahu sama ada operasi syarikat itu di Thailand dan Malaysia mempunyai kaitan,” kata sumber itu.

Thailand menubuhkan sebuah pasukan pelbagai agensi terdiri daripada pegawai dari Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB), Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik ( NSB), Jabatan Siasatan Khas ( DSI), Pejabat Anti Pengubahan Wang Haram ( AMLO) dan Jabatan Pembanguna­n Perniagaan untuk membantu sisatan.

Bank pusat negara itu, Bank of Thailand (BoT) turut terlibat dalam membantu siasatan.

Sejak bertapak di Thailand beberapa tahun lepas, syarikat berkenaan meluaskan operasi perniagaan­nya merangkumi beberapa sektor termasuk hartanah, hiburan, taman tema dan restoran, khususnya di Danok dan Hatyai.

Malaysia turut menubuhkan sebuah pasukan petugas pelbagai agensi yang diketuai oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an bagi menyiasat syarikat yang berpangkal­an di Pulau Pinang itu.

Baru- baru ini, pihak berkuasa Malaysia menyerbu beberapa premis syarikat itu dan membekukan beberapa akaun bank berjumlah RM177 juta, yang dikaitkan dengan syarikat terbabit.

Satu lagi sumber peringkat tinggi di agensi penguatkua­saan narkotik Thai mendedahka­n kepada Bernama bahawa mereka mula mengesyaki hubungan antara syarikat berkenaan dan perdaganga­n dadah semasa siasatan terhadap 282 kilogram dadah sintetik Ice yang dirampas pada Mac tahun lepas.

Rampasan dadah itu menyaksika­n dua rakyat Malaysia ditahan di pusat pemeriksaa­n Imigresen Sadao.

Semasa siasatan terhadap suspek, beliau berkata mereka memberikan maklumat berguna kepada penyiasat.

“Semasa pencarian di rumah suspek, kami menjumpai rekod transaksi kewangan yang membuatkan kami percaya ada hubungan antara dadah yang dirampas dengan syarikat itu,” katanya.

Penemuan hubungan yang disyaki itu kata sumber, memberi petunjuk kepada penyiasat yang menyiasat syarikat itu dan anak-anak syarikatny­a selama lebih setahun.

Pada April tahun ini, penyiasat menyerbu pelbagai anak syarikat milik syarikat Malaysia itu di Hatyai dan Sadao.

Sumber berkata mereka telah menghantar permintaan untuk menyoal siasat pengasas syarikat Malaysia berkenaan bagi menjelaska­n mengenai 14 juta Baht (RM1.75 juta) yang dirampas ONCB di satu daripada anak syarikat firma terbabit.

“Walaupun ada permintaan (menyoal pengasas), dia tidak muncul dan hanya menghantar wakil yang meminta supaya wang itu dipulangka­n, tetapi ketua ONCB enggan mengalah sehingga pengasas itu sendiri tampil dan menjelaska­n mengenai jejak wang itu,” katanya. — Bernama

Sumber pasukan penyiasat

 ?? — Gambar Bernama ?? BUNUH: Rosmanan didakwa di Mahkamah Majistret, Setiu, semalam atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun pada 28 Jun lalu.
— Gambar Bernama BUNUH: Rosmanan didakwa di Mahkamah Majistret, Setiu, semalam atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun pada 28 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia