Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh didakwa bunuh anak tiri

-

SETIU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun.

Rosmanan Abd Rahman, 38, bapa tiri kepada Muhammad Hairil Amsyar Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan terse- but di 218, FELDA Tenang, Pasir Akar, Besut pada jam 3.30 pagi, 28 Jun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Majistret Tuan Ruzaini Tuan Lah menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula di Mahkamah Besut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian awal pagi 28 Jun, Muhammad Hiril Amsyar Abdul Rahman disahkan meninggal dunia ketika dibawa tertuduh untuk mendapatka­n rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut dengan alasan terjatuh daripada motosikal, namun, hasil pemeriksaa­n awal mendapati punca kematian mangsa tidak konsisten dengan keterangan suspek. — Bernama ALOR SETAR: Seorang lagi kanak-kanak yang lemas akibat terjatuh ke dalam kolam tadahan air di Kuala Nerang pada Khamis lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pagi semalam.

Muhammad Rusyaidi Mohamad Na’am, 5, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik HSB berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.24 pagi.

Ibu mangsa Kharuni Nan, 32, berkata dia sekeluarga reda dengan pemergian anak tunggalnya itu kerana doktor telah cuba sebaik mungkin menyelamat­kan nyawa anaknya selepas jantungnya kerap terhenti malam kelmarin.

“Dia berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke hospital tiga hari lalu. Jadi kami reda dengan takdir selepas melihat keadaannya yang aktif sebelum ini tiba- tiba menjadi kaku dengan badannya dipenuhi dengan wayar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB semalam.

Kejadian itu turut mengorbank­an Nur Damia Nadhirah Shahruddin, 5, yang maut di tempat kejadian selepas ditemui lemas di dalam kolam sedalam 2.5 meter.

Kharuni yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berkata dia tidak menyangka perubahan sikap anaknya yang gemar menarik perhatiann­ya sejak kebelakang­an ini merupakan petanda bahawa anak kesayangan­nya itu akan pergi buat selama-lamanya.

“Dia suka menyanyi dengan kuat bagi menarik perhatian saya dan apabila saya marah dia akan cepat memujuk dan akan terus mengambil hati hingga nampak saya tersenyum. Selain itu dia cukup berselera makan cucur durian seminggu sebelum kejadian sedangkan dia tidak suka buah durian atau hidangan lain yang menggunaka­n isi durian,” katanya.

Katanya jenazah anak n y a i t u d i j a n g k a akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Semeliang selepas solat Asar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Fadil (tengah) menunjukka­n sebahagian dari dadah jenis syabu yang dirampas malam kelmarin pada sidang media di Tawau, semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Fadil (tengah) menunjukka­n sebahagian dari dadah jenis syabu yang dirampas malam kelmarin pada sidang media di Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia