Utusan Borneo (Sarawak)

Kertas siasatan kes tahanan lolos hampir siap

-

GEORGE TOWN: Kertas siasatan kes lapan anggota polis dan seorang nelayan ditahan membantu siasatan seorang tahanan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya melarikan diri awal pagi Ahad lepas, hampir siap.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata kertas siasatan kes itu dijangka diserahkan kepada Bukit Aman dalam masa terdekat.

“Polis sedang melengkapk­an kertas siasatan kes itu dan kami akan serahkan kepada Bukit Aman dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum merujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Pulau Pinang bagi tindakan selanjutny­a. Saya percaya kes itu dapat disiapkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Dalam pada itu, Anuar berkata nelayan berusia 56 tahun yang tamat reman semalam dibebaskan dengan jaminan polis selepas polis melengkapk­an siasatan ke atasnya.

Dalam kejadian awal pagi Ahad itu, tiga tahanan dibawa keluar dari lokap berpusat Bayan Baru pada jam 2 pagi dengan alasan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatka­n rawatan. Bagaimanap­un, siasatan mendapati mereka dibawa bertemu keluarga masing-masing di Sungai Ara. — Bernama TAWAU: Polis merampas 3,870 gram dadah jenis syabu dianggarka­n bernilai RN270,900 menerusi penahanan empat lelaki tempatan termasuk seorang warga emas dalam serbuan Ops Bayu di kawasan Hotel Kingston di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata kesemua suspek berusia lingkungan 31 hingga 61 tahun itu ditahan kirakira jam 10.30 malam dalam operasi yang digerakkan melibatkan tiga pegawai dan 11 anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Strike Team IPD di sini.

“Pemeriksaa­n badan terhadap suspek pertama berusia 61 tahun menemui sekeping kad kunci bilik hotel dan daripada itu bilik hotel diperiksa dan menemui sebuah beg plastik warna hitam di dalam almari yang di dalam beg itu mengandung­i empat bungkusan plastik teh China berjenama Guanyingwa­ng yang dipercayai mengandung­i dadah jenis syabu,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua kenderaan iaitu Toyota Land Cruiser dan Toyota Hilux dipercayai digunakan untuk pengedaran dadah.

“Polis turut membuat sitaan terhadap sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Myvi daripada salah seorang suspek yang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthak­an Harta) 1988.

Sementara itu, Fadil berkata kesemua suspek adalah negatif dadah namun suspek warga emas memiliki satu rekod kesalahan jenayah komersial dadah pada tahun lepas.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari mulai semalam dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabit kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman mati.

Beliau berkata, pihaknya kini agresif menyiasat dan mengekang aktiviti pengedaran dadah di Tawau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia