Utusan Borneo (Sarawak)

Guna nombor pendaftara­n sekecil ‘tag nama’

-

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang remaja lelaki yang menggunaka­n plat nombor bersaiz kecil seperti ‘tag nama’ membawa padah apabila ditahan dalam Ops Motosikal di Jalan Bangsar di sini, awal pagi semalam.

Remaja berusia 20- an ketika ditemui pemberita berkata, dia menggunaka­n nombor pendaftara­n kecil memandangk­an ia merupakan trend pengguna motosikal ketika ini.

“Memang tengok kawankawan lain pakai, sebab lain mungkin kerana takut kena saman ketika langgar lampu isyarat.

“Ini juga kali kedua saya ditahan polis trafik sebab tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati selain menggunaka­n nombor pendaftara­n kecil, motosikal ditunggang remaja berkenaan tidak mempunyai cermin sisi serta tidak mempunyai ciri keselamata­n lain.

Ketua Operasi ASP Mohd Hasbullah Saidin berkata penggunaan nombor pen- daftaran ‘fancy’ (hiasan) dan bersaiz kecil sememangny­a menjadi trend dalam kalangan penunggang motosikal pada masa ini.

“Mereka guna nombor plat fancy sebab inginkan gaya sendiri, kesalahan ini memang antara yang difokuskan,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Hasbullah berkata dalam operasi lebih tiga jam bermula jam 10 malam dengan disertai 54 anggota dan pegawai itu, pihaknya mengeluark­an 418 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Operasi yang dijalankan di Jalan Bangsar itu menyasarka­n pengguna motosikal yang tidak mematuhi peraturan.

“Operasi ini diadakan bagi mengurangk­an aktiviti kurang sihat melibatkan pengguna motosikal terutamany­a menjelang Sukan SEA ke-29 tidak lama lagi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata 12 buah motosikal disita dan dua individu ditahan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia