Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor dan 13 buruh didakwa mencuri pasir

-

MACHANG: Seorang kontraktor dan 13 buruh dihadapkan di Mahkamah Majistret Machang di sini, semalam atas pertuduhan menjalanka­n aktiviti pengorekan dan pemindahan pasir tanpa kebenaran.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias.

Kesemua 14 tertuduh berkenaan ialah Muhammad Hakimi Hamzah, 32; Tengku Harunarash­id Tengku Alias, 44; Muhamad Nur Arief Mat Husin, 18; Mohamad Farid Haziq Abd Rahim, 25; Norhisham Mah Hashim, 28; Mohd Saifulazan Mohd Sauffie, 29; Abdul Hadi Hamzah, 20; Zulkiflie Sulaiman, 33; Wan Ahmad Wan Ismail, 55; Ismail Mahmood, 57; Mohammad Faris Afizul Mohd Rozali, 20; Muhammad Abdul Aziz Hamzah, 23; Muhammad Saifful Amin Zahariman, 28, dan Mohamad Shahrul Nizam Mohamad Noor, 22.

Mereka, secara bersamasam­a dituduh melakukan kesalahan itu di lokasi Jalan Tok Bok ke Selising, Mukim Tok Bok, Daerah Labok di sini pada jam 12.30 tengah hari, 23 Feb lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 426(1) Kanun Tanah Negara 1965 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari Bahagian Petugas Khas dan Pendakwaan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Mohd Helmi Mat Zin menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia