Utusan Borneo (Sarawak)

Kepimpinan Pakatan Harapan berkecamuk

-

ALOR SETAR: Rakyat mempunyai kuasa membuat keputusan bagi menentukan parti mana yang layak diberikan tanggungja­wab untuk menerajui dan membentuk kerajaan yang baik, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata rakyat sekarang sudah bijak menilai parti yang layak mentadbir negeri dan negara.

“M e n j e l a n g P i l i - han Raya Umum Ke-14 ini, semua (parti) akan mula menjanjika­n pelbagai manifesto termasukla­h Barisan Nasional (BN), tetapi kita serahkan sahaja pada rakyat untuk buat pilihan.

“Janji-janji dalam manifesto ini normal kerana parti cuba untuk mempengaru­hi rakyat tetapi saya yakin rakyat boleh menilai sendiri dan lihat apa yang telah kita (Barisan Nasional) lakukan selama ini untuk rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Utara di sini, semalam.

Ahmad Bashah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjay­a PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi kelmarin bahawa PAS mempertimb­angkan pelaksanaa­n hukuman sebat dalam manifesto parti itu pada PRU14 akan datang. — Bernama LENGGONG: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein menyifatka­n pembentuka­n barisan kepimpinan Pakatan Harapan sebagai ‘berkecamuk’ tanpa adanya hala tuju perjuangan sebenar.

Beliau berkata, barisan kepimpinan pakatan pembangkan­g itu juga nampak tidak menentu dengan melakukan pelantikan secara semberono.

“Berkecamuk. Sekarang pun pemimpin pun main semberono, dia pakai lantik tiga orang itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)... yang lain apa ceritanya?

“Mana nak letak Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, mana nak letak Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mana nak letak Tan Sri Muhyiddin Yassin. Itu semua menjadi tanda tanya,” kata Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita selepas merasmikan penutup Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di sini, semalam.

Khamis lepas, Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumka­n struktur kepimpinan baharunya dengan mena- makan Anwar sebagai Ketua Umum, Dr Mahathir sebagai Pengerusi manakala Dr Wan Azizah sebagai Presiden.

Menjelas lanjut, Hishammudd­in yang juga Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkata kepimpinan Pakatan Harapan jelas mencermink­an matlamat menghalalk­an cara.

“...dan nama-nama yang disenaraik­an itu ( Anwar Ibrahim, Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah) dahulu dihujahkan kepada kita sebagai tidak layak menjadi pemimpin, hari ini dilantik pula sebagai pemimpin Pakatan Harapan.

“Saya kurang yakin sama ada mereka ini serius atau hanya melakukann­ya kerana ‘the marriage of convenienc­e’ (atas dasar kepentinga­n), saya rasa nama tadi dipergunak­an atau diperalatk­an.

“Saya rasa Anwar diperalatk­an untuk dilantik sebagai perdana menteri kerana hujah secara pokoknya dan pada pandangan peribadi saya, beliau tidak layak. Apakah sekarang ini dah taubatkah?” katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 2015 selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadiny­a Mohd Saiful Bukhari Azlan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Ahmad Bashah (tiga kiri) melayani tetamu yang hadir pada Majlis Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Utara di Pekarangan Pejabat Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad di Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Ahmad Bashah (tiga kiri) melayani tetamu yang hadir pada Majlis Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Utara di Pekarangan Pejabat Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad di Alor Setar, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Hishammudd­in beramah mesra dengan perwakilan yang hadir sebaik tiba pada perasmian Persidanga­n UMNO Bahagian Lenggong di MRSM Lenggong dekat Lenggong, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Hishammudd­in beramah mesra dengan perwakilan yang hadir sebaik tiba pada perasmian Persidanga­n UMNO Bahagian Lenggong di MRSM Lenggong dekat Lenggong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia