Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad bola sepak wanita Sweden mahu tebus kekalahan di Olimpik

-

ZEVENAAR, Belanda: Kapten bola sepak wanita Sweden, Lotta Schelin, berkata pasukannya mahu menebus kekalahan di final Sukan Olimpik tahun lepas apabila berdepan dengan Jerman hari ini pada kejohanan Euro Wanita yang bermula semalam (Ahad).

Sweden setakat ini sudah tewas kesemua 11 perlawanan kompetetif menentang juara lapan kali Eropah itu, dengan kekalahan terakhir ialah di Sukan Olimpik Rio apabila tewas 1-2 di final.

“Kami sentiasa bersemanga­t apabila melibatkan Jerman – ia sentiasa perlawanan yang sukar dan sengit,” kata Schelin Sabtu lepas.

“Kami akan mempunyai satu motivasi balas dendam apabila kami melihat kepada rekod sebelum ini,” tambah penyerang berusia 33 tahun itu, yang berkongsi jawatan dengan Caroline Seger sebagai kapten pasukan.

Tetapi beliau menafikan terlalu terikat dengan sejarah.

“Kami sudah menganalis­a pasukan mereka dan apa yang mereka lakukan sekarang dan apa yang boleh kami lakukan untuk menewaskan mereka.

“Saya fikir kami harus berada di sini (kejohanan) dan bersedia untuk melangkah sejauh yang kami mahu.”

Kapten Jerman, Dzsenifer Marozan, kelihatan tidak kisah untuk mengimbau kembali final Sukan Olimpik.

“Apabila saya mengingati final menentang Sweden dan suasana di Stadium Maracana, ia sememangny­a hebat,” kata pemain tengah berusia 25 tahun itu.

“Tetapi sekarang ia adalah kejohanan baharu dan saya fikir saingannya sukar. Kami akan bermula dari sifar.”

“Kita akan lihat pasukan mana yang akan menang kerana perlawanan menentang Sweden sentiasa sukar,” tambah beliau. Perlawanan pembukaan menyaksika­n tuan rumah Belanda menentang Norway. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERAKSI HEBAT: Gambar fail menunjukka­n skuad bola sepak wanita Sweden sedang beraksi menentang Mexico pada perlawanan persahabat­an di Falkenberg Arena pada 8 Julai lalu. CAN
— Gambar Reuters BERAKSI HEBAT: Gambar fail menunjukka­n skuad bola sepak wanita Sweden sedang beraksi menentang Mexico pada perlawanan persahabat­an di Falkenberg Arena pada 8 Julai lalu. CAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia