Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea mengikat Bakayoko dengan kontrak lima tahun

-

LONDON, England: Chelsea melengkapk­an perpindaha­n pemain tengah antarabang­sa Perancis, Tiemoue Bakayoko dari Monaco, menurut pengumuman kelab juara Liga Perdana Inggeris itu Sabtu lepas.

Pemain berusia 22 tahun m e n y e r t a i skuad bimbingan Antonio Conte dengan kontrak lima tahun untuk yuran perpindaha­n dilaporkan sehingga 39.7 juta pound, selepas membantu Monaco muncul juara Ligue 1 Perancis musim lepas.

“Saya berasa sangat gembira untuk berada di sini dan menyertai pasukan hebat ini,” kata Bakayoko dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi Chelsea.

“Saya membesar menonton Chelsea. Berpindah ke kelab ini adalah sesuatu yang semula jadi kerana ia adalah kelab yang saya sukai sejak dari kecil.

“Saya sekarang tidak sabar untuk berkembang di bawah jurulatih yang hebat dan bermain bersama-sama begitu ramai pemain hebat.”

Chelsea bagaimanap­un tidak akan dapat menurunkan pemain baharu mereka itu di awal musim kerana beliau dijangka perlu berehat sekurang- kurangnya enam minggu lagi selepas menjalani pembedahan kerana kecederaan lutut pada akhir musim lepas.

Bakayoko adalah salah seorang pemain bintang dalam skuad Monaco yang mengejutka­n Paris Saint Germain (PSG) untuk muncul juara Ligue 1, selain melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Pengesahan perpindaha­n itu adalah berita baik untuk Conte, selepas gagal mendapatka­n penyerang Everton, Romelu Lukaku, yang berpindah ke Manchester United.

Ada juga spekulasi di mana United juga mahu ‘ merampas’ Bakayoko seperti bagaimana mereka merampas Lukaku.

Bagaimanap­un, Bakayoko, di mana Monaco akan mendapat keuntungan besar dari jualan itu selepas membeli pemain itu dari Rennes dengan nilai hanya 7 juta pound pada 2014, sentiasa menjelaska­n bahawa Chelsea adalah destinasi pilihannya. “T i e m o u e adalah pemain h e b a t k e - tika Monaco muncul sebagai salah sebuah pasukan terbaik di Eropah musim lepas dan kami berasa gembira mengalu-alukan beliau di Chelsea,” kata pengarah teknikal Chelsea, Michael Emenalo.

“Walaupun usia masih muda, beliau mempunyai banyak pengalaman sebagai juara Perancis dan juga beraksi sehingga ke separuh akhir Liga Juara-Juara.”

Bakayoko membuat penampilan sulung antarabang­sa bersama Perancis pada perlawanan persahabat­an menentang Sepanyol, Mac lepas dan akan berganding­an dengan rakan senegarany­a, N’Golo Kante di barisan tengah Chelsea.

Kehadirann­ya juga akan membuka ruang kemungkina­n perpindaha­n Nemanja Matic.

Bagaimanap­un, Chelsea tidak berminat untuk menjual Matic kepada Manchester United selepas perhubunga­n kedua-dua pasukan menjadi renggang dengan pembelian Lukaku.

Bakayoko adalah perpindaha­n ketiga Chelsea pada penutup musim selepas kehadiran penjaga gol, Willy Caballero dari Manchester City dan pemain pertahanan, Antonio Rudiger dari AS Roma.

Chelseaaka­nberlepas ke Asia lewat bulan ini untuk jelajah pramusim sebelum menentang Arsenal pada perlawanan pembuka tirai musim 2017/2018, Piala Perisai pada 6 Ogos depan sebelum memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan menentang Burnley enam hari kemudian. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia