Utusan Borneo (Sarawak)

Sanchez tertekan di Arsenal

Ingin sertai kelab yang bermain dalam Liga Juara-Juara

-

LONDON, England: Penyerang Arsenal, Alexis Sanchez menambah tekanan ke atas pengurus kelab, Arsene Wenger dengan mendedahka­n beliau terdesak untuk bermain dalam Liga Juara- Juara musim baharu, sesuatu yang tidak akan dapat diberikan oleh Arsenal.

Penyerang antarabang­sa Chile itu menyatakan ia adalah ‘impian’ beliau untuk bermain dalam Liga JuaraJuara dengan Arsenal gagal layak ke kejohanan elit kelab Eropah itu buat kali pertama sejak 19 tahun apabila menamatkan saingan liga musim lepas di tangga kelima.

Ia dijangka akan membangkit­kan minat dari Manchester City dan Bayern Munich, dua kelab yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara dan ada menunjukka­n minat untuk mendapatka­n pemain berusia 28 tahun itu.

Bercakap dalam bahasa ibundanya, Sanchez berkata: “Keputusan bukan hanya di pihak saya tetapi saya sudah membuat keputusan. Sekarang saya menunggu Arsenal untuk menjawab dan memberitah­u saya apa yang mereka mahu.”

Ditanya untuk menjelaska­n apa yang beliau mahu, Sanchez menambah: “Bermain dalam Liga JuaraJuara dan memenangin­ya. Ia adalah impian saya sejak dari kecil.

“Buat masa ini, saya di Arsenal, kontrak saya berakhir tahun hadapan.”

Wenger sebelum ini ada mendedahka­n di mana beliau menghantar pesanan teks kepada Sanchez untuk meyakinkan beliau untuk terus kekal di Arsenal.

“Sudah tentu,” kata Wenger apabila ditanya jika Sanchez akan terus kekal sebagai pemain Arsenal.

“Tiada banyak yang perlu diselesaik­an. Saya ada bercakap menerusi pesanan teks dan ia kelihatan sangat positif.”

Awal minggu ini, Wenger menafikan Sanchez ada meminta untuk meninggalk­an kelab.

Tawaran k o n t r a k t e r b a - h a r u A r s e - nal adalah kurang dari tuntutan gaji 300,000 pound seminggu yang diminta Sanchez, walaupun ia ter- masuk kenaikan 20 peratus jika Arsenal layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan. — Reuters

Buat masa ini, saya di Arsenal, kontrak saya berakhir tahun hadapan. Alexis Sanchez Penyerang Arsenal

 ??  ?? WENGER SANCHEZ
WENGER SANCHEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia