Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool harap Can akan teruskan karier di Anfield

-

LONDON, England: Liverpool berharap untuk mencapai persetujua­n dalam rundingan kontrak dengan pemain tengahnya, Emre Can.

Pemain antarabang­sa Jerman itu sudah bersedia untuk terus komited dengan masa depan beliau di Liverpool apabila kembali dari rehat tambahan selepas penglibata­n dalam Piala Konfederas­i di Rusia bulan lepas.

Can, yang bercuti di Los Angeles dan Bodrum, Turki, mempunyai baki kontrak semasa 12 bulan tetapi hampir mencapai persetujua­n untuk kontrak baharu walaupun ada minat dari Juventus.

Liverpool tidak mahu kehilangan pemain berusia 23 tahun itu yang boleh bermain di beberapa posisi. Bagaimanap­un, mereka cuba mendapatka­n pemain tengah kelab Leipzig, Naby Keita untuk yuran perpindaha­n sekitar 65 juta pound selepas tawaran awal 57 juta ditolak. Keita, 22, seorang pemain tengah, mendapat pujian dengan beberapa aksi menarik ketika membantu Leipzig muncul naib juara Bundesliga Jerman musim lepas. Pemain antarabang­sa Guinea itu juga pernah dipilih sebagai Pemain Terbaik Austria apabila bermain untuk kelab lamanya, Red Bull Salzburg. Dalam perkembang­an lain, Lucas Leiva menghampir­i perpindaha­n ke Lazio dengan yuran lima juta pound selepas berlepas ke Itali u n t u k menjalani

pemeriks a a n perubatan.

Pemain tengah antarabang­sa Brazil itu tiba di Rom dan dijangka akan menandatan­gani kontrak hari ini.

Lazio mahukan khidmat Lucas untuk menggantik­an Lucas Biglia, yang menyertai AC Milan.

Lucas adalah pemain paling lama beraksi untuk Liverpool. Beliau berpindah ke Anfield pada 2007 dari Gremio untuk yuran lima juta pound dan sudah bermain di Anfield sejak 10 tahun.

B e l i a u juga bermain 24 kali untuk skuad kebangsaan Brazil tetapi penampilan terakhirny­a ialah pada 2013. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia