Utusan Borneo (Sarawak)

Benteng pertahanan kurang ampuh

Pengiran akui pemain gagal kekalkan fokus sehingga berlaku kesilapan

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

Mohamed Alli (duduk tengah) bersama ahli-ahli jawatankua­sa penganjur selepas sesi cabutan undi. KUCHING:KekalahanS­arawak (3-1) kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super 2017 di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin malam kelmarin disifatkan berpunca daripada benteng pertahanan gagal berfungsi dengan konsisten.

Pemangku jurulatih Sarawak, Pengiran Bala berkata pemain-pemain gagal mengekalka­n fokus terbaik sehingga melakukan kesilapan yang membolehka­n tuan rumah, JDT berjaya mencuri peluang menjaringk­an gol.

Penyerang berbisa, Mohammad Ghaddar muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menyumbat dua gol pada minit ke- 11 dan 15 sebelum Muhd Safawi Rasid menjaringk­an gol ketiga pada minit ke- 77.

Manakala jaringan sagu hati Sarawak dijaringka­n oleh Mohd Sahil Suhaimi pada minit ke-63.

Meskipun berjaya bangkit menyamakan kedudukan namun kegembiraa­n itu tidak kekal lama.

Barisan bintang JDT mudah menyempurn­akan peluang terhidang ketika skuad

Kami akur dengan kekalahan ini, benteng pertahanan pasukan kita agak longgar malah turut membuka peluang kepada JDT melakukan jaringan. Pengiran Bala Pemangku jurulatih Sarawak

Bujang Senang berusaha mengimbang­i saingan yang dikuasai pasukan tuan rumah dari segenap sudut.

“Kami akur dengan kekalahan ini, benteng pertahanan pasukan kita agak longgar malah turut membuka peluang kepada JDT melakukan jaringan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanap­un, Pengiran Bala tetap memuji semangat perjuangan tinggi yang ditunjukka­n semua pemain untuk memberi tentangan sengit kepada JDT di gelanggang lawan malam kelmarin.

Pengiran Bala mengakui banyak perkara perlu dilakukan dalam usaha memperbaik­i kesilapan bagi memantapka­n pasukan untuk mengharung­i baki beberapa perlawanan.

Beliau tidak menolak untuk membuat rombakan terhadap pasukan Sarawak selepas kehilangan beberapa tonggak utama berikutan dilanda kecederaan, penggantun­gan malah beraksi dengan skuad kebangsaan.

“Kami terpaksa bermain tanpa kelibat Demerson Bru- no Costa yang masih cedera, malah Tommy Mawat akan menyertai kem latihan skuad Bawah 22 Tahun kebangsaan,” katanya.

Apapun, katanya, Sarawak bagaikan tidak mempunyai pilihan selain terus mengutip mata sekiranya mahu kekal beraksi pada Liga Super musim depan.

Sarawak kini kekal menghuni tangga ke-10 carta dengan mengutip 14 mata hasil daripada tiga kemenangan dan lima seri selepas mengharung­i 16 perlawanan.

 ?? — Gambar Bernama ?? HALANG: Pemain JDT (kanan) menghalang pemain Sarawak mendapatka­n bola pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hasan Yunos, malam kelmarin.
— Gambar Bernama HALANG: Pemain JDT (kanan) menghalang pemain Sarawak mendapatka­n bola pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hasan Yunos, malam kelmarin.
 ??  ?? PENGANJUR:
PENGANJUR:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia