Utusan Borneo (Sarawak)

Muhamad Ziyad lakar satu lagi rekod dunia

-

KUALA LUMPUR: Atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli memecah satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London Sabtu lalu.

Pada acara yang berlangsun­g di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Muhammad Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter (m), memperbaha­rui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas iaitu 16.48m.

Pingat perak diraih oleh atlet dari Ecuador, Stalin David Mosquera dengan jarak 16.61m manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang gangsa dengan lontaran 15.94m.

“Saya datang ke sini untuk membawa pulang sesuatu kepada negara saya. Ini adalah rekod dunia kedua saya dan saya sangat bangga. Saya berlatih dengan bersungguh­sungguh untuk pencapaian ini. Saya bangun pagi ini (Sabtu) dan berfikir mungkin saya dapat memecahkan rekod dunia.

“Saya selalu impikan untuk melakukann­ya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia ia sangat bagus.

“Saya benar- benar tertekan apabila melihat jarak lontaran yang dibuat atlet Australia tetapi saya tahu ia tidak begitu jauh. Saya tahu ia salah. Saya sangat beremosi tetapi jurulatih menenangka­n saya. Ini mengganggu saya tetapi sekarang saya sangat gembira memenangi acara ini, kata Muhamad Ziyad seperti dipetik dalam laman web rasmi Jawatankua­sa Paralimpik Antarabang­sa (IPC).

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapka­n tahniah kepada atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli atas kejayaanny­a meraih pingat emas dan mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, Sabtu lalu.

“Tahniah @yardzolkef­li, menang pingat emas di #London2017 dan sekali lagi pecah rekod dunia! #kebanggaan­ku #Negaraku #MAS,” kata perdana menteri menerusi catatan di laman Twitter rasminya, semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAIK: Muhamad Ziyad sedang beraksi dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
— Gambar Reuters TERBAIK: Muhamad Ziyad sedang beraksi dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia