Utusan Borneo (Sarawak)

Piala FAM 2017: Kuching FA benam Penjara FC dengan 3-1

-

KUCHING: Skuad Kuching FA menamatkan kempen Piala FAM 2017 dengan kemenangan bergaya selepas menumpaska­n Penjara FC dengan jaringan 3-1 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini semalam.

Selepas mengharung­i 12 perlawanan, Kuching FA mengumpul 18 mata hasil daripada lima kemenangan, tiga seri dan empat kekalahan dalam pertembung­an Kumpulan B.

Tuan rumah cemas seketika selepas Zulhelmy Jumai membuka jaringan buat Penjara FC pada minit ke-18.

Gol pendahulua­n pelawat bagaimanap­un cuma bertahan empat minit sahaja apabila Nazarudin Bohri menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-22.

Berselang babak kedua, Kuching FA menggandak­an asakan dan berjaya membimbing perlawanan hasil jaringan Ismail Bujang pada minit ke-52.

Penjara FC kian tertekan selepas pertahanan mereka, Mohamad Azwan Nasriq dibuang padang pada minit ke-89 kerana mengasari Sufizal Ismail.

Peluang itu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh Kuching FA dengan menambah satu lagi jaringan pada masa kecederaan (90+2) hasil tandukan cantik Sufizal.

“Alhamdulil­lah... Tiga mata yang cukup berharga untuk Kuching FA. Kemenangan ini membuka peluang Kuching FA untuk ke suku akhir namun perlu menanti keputusan perlawanan di antara SAMB FC dan Terengganu City FA.

“Sama ada kita layak atau tidak ke suku akhir, saya amat gembira dengan komitmen ditunjukka­n semua pemain,” kata Ketua Jurulatih, Sharizan Sahari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia