Utusan Borneo (Sarawak)

Raih kejuaraan Wimbledon pertama

Muguruza musnahkan impian Venus yang ingin cipta sejarah dalam sukan tenis

-

LONDON, England: Garbine Muguruza dari Sepanyol, memenangi kejuaraan Wimbledon pertamabel­iaudanmemu­snahkan impian Venus Williams mencipta sejarah dengan kemenangan 7-5 dan 6-0 di final perseorang­an wanita di sini Sabtu lepas.

Muguruza mengatasi jaguh dari Amerika Syarikat ( AS) dalam masa 77 minit untuk menjadi pemain wanita kedua dari Sepanyol yang muncul juara di Wimbledon.

Dengan Raja Sepanyol, Juan Carlos turut hadir menonton, Muguruza, 23, akhirnya memenangi kejuaraan Wimbledon selepas tewas kepada adik Venus, Serena pada final sulung beliau di sini dua tahun lepas.

Apa yang menariknya, jurulatih semasa Muguruza, Conchita Martinez, adalah pemain wanita Sepanyol pertama muncul juara di Wimbledon pada 1994 apabila menewaskan Martina Navratilov­a.

“Set pertama adalah sukar. Kami masing-masing mempunyai peluang tetapi saya berasa gembira kerana menyempurn­akan peluang yang ada,” kata Muguruza.

“Dua tahun yang lepas, saya tewas di final kepada Serena dan beliau memberitah­u bahawa saya akan menang suatu hari nanti dan hari ini, akhirnya saya menang!”

Beliau menambah: “Saya tidak pernah tahu bagaimana ia akan berlaku kerana saya berasa sangat cemas. Saya hanya mahu ia berlaku seperti yang saya mahukan.

“Saya melakukan segala-gala dari persediaan saya. Sebaik sahaja anda melangkah ke dalam gelanggang, anda melihat penonton, anda melihat final dan anda saya bermain di final sekali lagi. Saya sangat berpuas hati dengan cara saya mengharung­inya.”

Kejuaraan Grand Slam yang kedua Muguruza ini, selepas memenangi Terbuka Perancis tahun lepas, menafikan Williams, 37, impian menjadi juara tertua dalam era Terbuka.

Williams kembali semula ke final selepas lapan tahun dan berharap untuk muncul juara untuk kali keenam di sini, sembilan tahun selepas kali terakhir menjulang trofi.

Beliau bagaimanap­un menerima padah kerana mempamerka­n aksi tidak konsisten dan kekecewaan kedua di final Wimbledon tahun ini selepas tewas di final Terbuka Australia kepada adiknya.

“Tahniah Garbine. Saya tahu bagaimana anda bekerja-keras,” kata Williams.

“Saya mencuba sebaik mungkin apa yang dilakukan oleh Serena, tetapi saya fikir akan ada peluang lain.”

Sejak memenangi kejuaraan Grand Slam sulung di Paris, Muguruza mengharung­i tempoh hambar di mana beliau tercicir dari senarai 10 ranking teratas dunia.

Tetapi beliau menemui semula kecemerlan­gannya di musim permukaan rumput dan akan melonjak ke tangga kelima ranking dunia. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DETIK MANIS: Muguruza memberikan ‘pose’ dengan trofi yang dimenangi selepas menundukka­n Venus pada final Kejuaraan Wimbledon.
— Gambar Reuters DETIK MANIS: Muguruza memberikan ‘pose’ dengan trofi yang dimenangi selepas menundukka­n Venus pada final Kejuaraan Wimbledon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia