Utusan Borneo (Sarawak)

Venus tekad akan kembali tebus kekecewaan

-

LONDON, England: Venus Williams berikrar untuk menebus kekalahan mengecewak­an di final Wimbledon Sabtu lepas dengan satu pencapaian yang memberangs­angkan pada kejohanan Grand Slam terakhir tahun ini – Terbuka Amerika (AS).

Williams gagal dalam sasaran menjadi juara Grand Slam tertua dalam Era Terbuka apabila tewas 7-5 dan 6-0 kepada Garbine Muguruza di final perseorang­an wanita Sabtu lepas.

Daripada meraikan kejuaraan Wimbledon keenam dan kejuaraan Grand Slam pertama sejak 2008, pemain berusia 28 tahun itu kelihatan gagal mengulangi kecemerlan­gan melangkah ke final di sini, dalam apa yang merupakan tahun kebangkita­nnya.

Venus tewas kepada adiknya, Serena di final Terbuka Australia dan sudah melangkah ke final dua kejohanan Grand Slam pada tahun yang sama buat kali pertama sejak 2003.

Dengan Serena berehat sehingga akhir tahun kerana menjangkak­an kelahiran anak sulungnya, Venus masih menjadi pilihan untuk memenangi kejuaraan Grand Slam kelapan dalam kerjayanya di Terbuka AS, yang akan bermula pada lewat bulan Ogos.

“Saya berada dalam prestasi yang baik. Saya sudah berada dalam kedudukan ini dalam banyak kejohanan tahun ini dan bersaing untuk satu kejuaraan,” kata Venus.

“Ia adalah satu kedudukan yang saya mahukan, saya mahu terus mencabar kejuaraan dan saya percaya saya boleh melakukann­ya.

“Ini adalah di mana anda mahu berada. Saya mahu menang, saya bukan hanya mahu ke final. Saya mempunyai dua minggu yang hebat di sini dan saya tidak sabar untuk mengharung­i beberapa lagi kejohanan selepas ini.”

Enggan menjawab soalan di mana keletihan disebabkan penyakit yang pernah dialaminya, menyebabka­n beliau tewas 0-6 dalam masa 24 minit pada set kedua, Venus mengakui beliau tidak lagi dapat merungut tentang keputusan perlawanan.

Satu-satu kekesalan beliau ialah gagal menamatkan permainan ketika mendahului lawannya pada set pertama.

“Sememangny­a saya mahu menyempurn­akan beberapa mata akhir set tetapi beliau (Muguruza) bermain dengan baik sekali dan pujian harus diberikan kepada beliau,” kata Venus.

“Sentiasa ada sesuatu yang boleh dipelajari dari perlawanan yang anda menang dan juga yang tidak dimenangi. Jadi ia sememangny­a sesuatu yang akan saya pelajari.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HAMPA: Venus memberikan reaksinya pada final Kejuaraan Wimbledon.
— Gambar Reuters HAMPA: Venus memberikan reaksinya pada final Kejuaraan Wimbledon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia