Utusan Borneo (Sarawak)

Kesungguha­n pemain jadi tonik Felda catat kemenangan besar

-

MARAN: Kesungguha­n dipamerkan pemain Felda United menjadi tonik mujarab buat pasukan itu untuk mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas T-Team pada saingan Liga Super malam kelmarin.

Ketua Jurulatihn­ya, B Satiananth­an berkata kejayaan itu juga sekaligus memperbaik­i kedudukan The Fighters yang kini menghuni tangga keempat liga selepas mengutip tiga mata penuh di Stadium Tun Abdul Razak, di sini.

“Kemenangan besar ini adalah komitmen, kerjasama dan keazaman yang tinggi dalam kalangan pemain import dan tempatan.

“Pada 25 minit pertama perlawanan, kita menghadapi masalah dengan serangan dilancarka­n oleh TTeam terutama penyerang, Joseph Yannick Ndjeng,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan itu.

Satiananth­an berkata permainan yang berpihak kepada anak buahnya secara keseluruha­n banyak dipengaruh­i oleh jaringan pertama Wan Zack Haikal Wan Nor dalam melakar kemenangan.

Beliau berkata meskipun kini persembaha­n The Fighters semakin mantap, ia belum mencukupi dan masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.

“Agak sukar untuk mencari kesempurna­an sesebuah pasukan apatah lagi kita bermain empat perlawanan dalam tempoh yang dekat.

“Kita perlu melakukan penggilira­n untuk diturunkan terutama dalam kalangan pemain yang berusia 30- an supaya kecergasan mereka dapat segera pulih.

“Apapun saya gembira sasaran untuk menghuni empat tangga teratas Liga Super kini telah tercapai berbanding tempat kesepuluh ketika saya mula mengambil alih pasukan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih T-Team Rachmat Darmawan berkata faktor kepada kekalahan mereka ialah kecergasan pemainnya dilihat menurun secara mendadak pada babak kedua perlawanan.

“Kita bermain dengan baik dan mampu menyaingi Felda United hanya pada separuh masa pertama sebelum kecergasan pemain T-Team dilihat menurun.

“Kesempatan ini diambil oleh pihak lawan yang lebih berpengala­man, untuk mengawal permainan pada babak kedua.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia