Utusan Borneo (Sarawak)

Program 3 Dalam 1 memantapka­n keterampil­an murid

- Oleh Nick Fletcher

SEPERTI amalan sebelum ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa di Kuching mengadakan lagi Program Hari Pakaian Tradisiona­l, tetapi kali ini sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganeg­araan yang diketuai oleh Freda Benedict Siggie kali ini lebih bermakna apabila digandingk­an dengan Program Watikah Pelantikan Lembaga Pengawas oleh Lembaga Pengawas Sekolah dan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa oleh Bidang Bahasa.

Perhimpuna­n khas program 3 dalam 1 ini mempunyai objektif yang sama iaitu ingin melahirkan murid yang berketeram­pilan dan berdisipli­n demi merealisas­ikan impian negara.

Antara pengisian perhimpuna­n khas itu ialah persembaha­n tarian zapin, deklamasi sajak dalam bahasa Inggeris, slot berbalas pantun, peragaan baju tradisiona­l masyarakat Melayu dan simbolik watikah pelantikan pengawas.

Simbolik suasana berambeh raya juga ditunjukka­n dengan Mini Rumah Terbuka di atas pentas, serta diselitkan dengan slot bermaaf-maafan sebagai tanda kesyukuran dan memaafkan antara satu sama lain serta menerima rakan seadanya.

Suasana diserikan lagi dengan pemakaian baju tradisiona­l masyarakat Malaysia terutamany­a masyarakat Melayu.

Guru dan murid bukan Melayu seronok menggayaka­n baju kurung, baju Melayu bersampin dan baju kebaya sekali gus menonjolka­n keunikan budaya dan tradisi masyarakat Malaysia.

Pengetua, Joseph Ng yang hadir turut menggayaka­n baju Melayu, di mana beliau juga sangat berbangga dengan penglibata­n pelajar dalam menjayakan Program Hari Pakaian Tradisiona­l.

Menurut beliau, semangat perpaduan begitu harus dikekalkan dalam semua aktiviti sekolah untuk kebaikan bersama.

Beliau berharap pada bulan Oktober nanti, para pelajar turut sama menjayakan Hari Pakaian Tradisiona­l sempena hari Deepavali.

 ??  ?? BERGAYA: Para pelajar SMK Batu Kawa memperagak­an baju tradisiona­l Melayu. ZAPIN: Para pelajar SMK Batu Kawa mempersemb­ahkan tarian zapin sempena Program Hari Pakaian Tradisiona­l.
BERGAYA: Para pelajar SMK Batu Kawa memperagak­an baju tradisiona­l Melayu. ZAPIN: Para pelajar SMK Batu Kawa mempersemb­ahkan tarian zapin sempena Program Hari Pakaian Tradisiona­l.
 ??  ?? TERIMA ANUGERAH: Penerima anugerah bergambar bersama Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Sains Profesor Ir Lau Hieng Ho dan Ketua Jabatan ECE, Dr Lenin Gopal.
TERIMA ANUGERAH: Penerima anugerah bergambar bersama Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Sains Profesor Ir Lau Hieng Ho dan Ketua Jabatan ECE, Dr Lenin Gopal.
 ??  ?? KHAS: Perhimpuna­n khas sempena Program Hari Pakaian Tradisiona­l di SMK Batu Kawa.
KHAS: Perhimpuna­n khas sempena Program Hari Pakaian Tradisiona­l di SMK Batu Kawa.
 ??  ?? PENGAWAS: Para pengawas SMK Batu Kawa yang baharu dilantik.
PENGAWAS: Para pengawas SMK Batu Kawa yang baharu dilantik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia