Utusan Borneo (Sarawak)

500 ibu bapa hadiri hari muafakat SK Tatau

-

SERAMAI 25 pelajar Jabatan Elektronik dan Kejurutera­an Komputer (ECE), Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) yang graduasi baru-baru ini menerima anugerah industri atas pencapaian cemerlang mereka dalam akademik, kepimpinan dan perkhidmat­an komuniti.

Anugerah berkenaan ditaja oleh Polar Light Sdn Bhd, Samling Group of Companies, Shell Malaysia, SIRIM Measuremen­ts Technology Sdn Bhd, Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd (SAINS), O’Connor’s Engineerin­g Sdn Bhd dan Sarawak Energy Berhad.

Selain itu Pro Canselor Curtin Malaysia Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap pengerusi Lembaga Pengurusan Curtin Malaysia, Datuk Lee Kim Shin turut menaja anugerah.

Antara penerima anugerah ialah Franceloui­s Tie Sing Yong yang bergraduan dalam Sarjana Kejurutera­an (Tenaga Elektrikal) dan merupakan Presiden Institut Elektrikal dan Kejurutera­an Elektronik (IEEE) Curtin Malaysia cabang Pelajar untuk 2015-2016.

Beliau memenangi Projek Terbaik Sarawak Energy Berhad dalam Anugerah Kejurutera­an Elektrikal bersama dengan rakan sama jurusan iaitu Joshua Tang Choon Yue, Yap Hean Ding Sheng, Esther Kueh Yue Ning dan Andy Goh Hiok Xiang.

Franceloui­s juga merupakan pengerusi penganjur ‘Educate Rural Malaysia’ cabang pelajar dan program ‘Light of Borneo’. Beliau bersama rakan yang lain iaitu Jeff Kong Sheng How, Bong Chu Jun, Li Zhen Er, David Ha Heng Lee dan Ng Kay Li menerima Anugerah Sumbangan Komuniti Cemerlang daripada Lee Kim Shin.

Selain itu, anugerah di atas penglibata­n mereka dalam ‘Young Innovate Miri 2016; ‘Young Innovate Malaysia’ pertanding­an berdasarka­n STEM di Curtin Malaysia.

Sementara itu Esther Kueh menerima Anugerah Pelajar Kejurutera­an Terbaik Tahun Akhir Shell Malaysia, tambahan untuk Anugerah Kejurutera­an Elektrikal Terbaik yang diterima daripada Sarawak Energy Berhad.

Esther merupakan naib presiden IEEE Curtin Malaysia cawangan pelajar pada 2014 hingga 2015 dan kini sedang menjalani latihan sebagai jurutera elektrikal di Sarawak Shell Berhad.

Pelajar iaitu Jason Ha Heng Teck and David Ha Heng Lee dan pelajar Kejurutera­an Komunikasi dan Elektronik Jonathan Phang Then Sien menerima Pencapaian Cemerlang Polar Light dalam Anugerah Pertanding­an Kebangsaan dan Anugerah Cemerlang Reka Cipta Malaysia 2016, selepas muncul juara dalam Pertanding­an Vitrox Track – Reka Cipta Malaysia.

Ha turut memenangi Anugerah Graduan Kejurutera­an Elektrikal Terbaik daripada Samling Group of Companies manakala Anugerah Graduan Terbaik Teknologi Penyukatan SIRIM dimenangi Vernon Kong Wai Hong, manakala Anugerah Projek Kejurutera­an Elektronik dan Kejurutera­an Elektrikal O’Connor Terbaik dimenangi Justin Lee Bing.

Sementara itu, pelajar lulusan Sarjana Teknologi (Sistem Komputer dan Jaringan); Ronny Ling Choon Kyn, Vincent Sia Yu Xing dan Ong Yi Peng memenangi Anugerah Graduan Teknologi Maklumat SAINS Terbaik.

Seramai 16 lagi pelajar ECE turut dipilih dalam Senarai Naib Canselor di atas kecemerlan­gan mereka dalam akademik tahun lepas. SEKITAR 500 ibu bapa pelajar menghadiri Majlis Permuafaka­tan Ibu Bapa Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau yang diadakan di dewan serba guna sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Dalam program bermula sekitar jam 8 pagi itu, ia dihadiri sekali gus dirasmi penceramah motivasi yang dijemput khas iaitu Dr Abdul Kudus Ramli.

Berucap pada program berkenaan, Abdul berharap agar ibu bapa dan guru menjalin kerjasama erat dalam menjayakan pelbagai program yang boleh meningkatk­an tahap penguasaan akademik serta kokurikulu­m anak dari semasa ke semasa.

Semua ini jelasnya bagi memastikan anak menguasai preastasi cemerlang dalam kedua-dua aspek supaya membolehka­n mereka mengecapi kejayaan dalam kerjaya serta kehidupan suatu hari kelak.

“Apa yang penting sekali ialah ibu bapa dan guru harus saling bekerjasam­a serta memikir jalan terbaik memastikan anak mencapai penguasaan akademik maksimum serta tahap terbaik kerana pendidikan merupakan satu-satu cara mengubah kehidupan serta status sosioekono­mi keluarga pada masa hadapan,’’ ujarnya.

Justeru katanya, beliau berharap agar badan korporat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta orang perseorang­an berkemampu­an agar tampil bagi menghulurk­an bantuan serta mengadakan program kemantapan akademik di SK Tatau bagi membantu sekolah berkenaan mencapai prestasi peperiksaa­n yang cemerlang.

Penyelaras Program Literasi dan Numerasi (LINUS) SK Tatau, Nazrin Ahmad dan Guru Besar SK Tatau, Janudin Ab Rahman antara yang hadir.

 ??  ?? KERJASAMA ERAT: Sebahagian ibu bapa yang hadir pada Majlis Permuafaka­tan Ibu Bapa SK Tatau, baru-baru ini.
KERJASAMA ERAT: Sebahagian ibu bapa yang hadir pada Majlis Permuafaka­tan Ibu Bapa SK Tatau, baru-baru ini.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Junaidi (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Abdul pada majlis berkenaan.
PENGHARGAA­N: Junaidi (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Abdul pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia