Utusan Borneo (Sarawak)

Pembudayaa­n inovasi dalam pendidikan penting lahir modal insan berkualiti

-

PEMBUDAYAA­N aspek inovasi dalam pendidikan penting kerana ia bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang kreatif malah turut menyumbang kepada modal insan yang berdaya saing serta dapat meningkatk­an ekonomi negara pada masa depan.

Timbalan Menteri Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata inovasi dalam pendidikan perlu diterapkan sebagai satu daripada bentuk polisi baharu, silibus, kaedah atau perubahan organisasi baharu bagi meningkatk­an sistem pengajaran dan pembelajar­an di sekolah.

“Kreativiti dan inovasi tidak hanya diasah, didedah dan dicorak melalui tadbir urus kerajaan tetapi ia juga dibudayaka­n di setiap sudut pengurusan sekolah serta dilaksanak­an semua warga pentadbira­n sektor pendidikan terutama para guru.

“Ini selaras dengan usaha kerajaan dalam memupuk kesedaran rakyat tentang kepentinga­n produk inovasi bermula di peringkat sekolah serta bantuan dan komitmen membantu penyelidik mengkomers­ialkan produk yang dihasilkan,” katanya kepada pemberita di Alor Gajah, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Ko-Akademik, Hari Kerjaya dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi (SMKHK). Turut hadir Pengetua SMKHK Noridah Ab Rahim.

Abu Bakar berkata sekolah merupakan medium terbaik untuk menggerakk­an budaya inovasi dalam kalangan pelajar melalui kegiatan akademik mahu pun kokurikulu­m.

Beliau berkata selain itu, pendekatan inovasi melalui penganjura­n karnival pendidikan atau pengenalan produk di peringkat sekolah merupakan satu daripada pendidikan tidak formal yang mampu memberi kesan positif dalam kalangan pelajar untuk membudayak­an aspek berkenaan dalam kehidupan seharian mereka. — Bernama

 ??  ?? TINGKAT PRESTASI: Kartini (barisan kedua, duduk tiga kiri) bersama warga SK Limbang pada majlis ramahtamah Aidilfitri, baru-baru ini.
TINGKAT PRESTASI: Kartini (barisan kedua, duduk tiga kiri) bersama warga SK Limbang pada majlis ramahtamah Aidilfitri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia