Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali bersama bekas suami untuk video muzik baharu

-

PERKAHWINA­N mereka mungkin tidak berjaya, tetapi Jennifer Lopez kini kembali bersama Marc Anthony, itu pun hanya untuk video terbaharun­ya. Lopez pada minggu lepas mengeluark­an sebuah video untuk lagunya ‘Ni Tu Ni Yo’ (Bukan Kamu Mahupun Aku), yang bermula dengan adegan di mana dia duduk di meja ketika Marc Anthony masuk untuk menyambutn­ya. Penyanyi itu memeluk bekas isterinya dan memuji jam tangan Lopez sebelum dia memperkena­lkan Lopez kepada seorang jurugambar yang, sepanjang video, mengambil gambar glamor sementara Lopez berposing di hadapan pelbagai latar belakang. Lagu itu, yang dipacu oleh seksyen hon dan rentak reggaeton, turut memberi kredit kepada Marc Anthony – yang kerap menjalinka­n kerjasama artistik dengan Lopez sebelum dan sewaktu mereka berumahtan­gga – sebagai seorang penulis lagu. Lopez mempersemb­ahkan lagu ‘Ni Tu Ni Yo’ buat julung kalinya sewaktu pertunjuka­n bunga api tahunan Macy sempena hari cuti 4 Julai di tempat asalnya New York.

Lagu itu merupakan lagu pertamanya dari album ‘Por Primera Vez’ (Buat Pertama Kali), yang akan dikeluarka­n pada 29 September dan menandakan album kedua bagi bintang dwibahasa itu yang umumnya dalam bahasa Sepanyol selepas album ‘Como Ama una Mujer’ (Cara Seorang Wanita Mencintai) pada 2007.

Lopez menjadi superstar antarabang­sa bermula pada hujung tahun 1990an dengan lagu-lagu tarian sentuhan R&B yang popular seperti ‘If You Had My Love’, ‘Waiting for Tonight’ dan ‘I’m Real’.

Walaupun dia masih mempunyai ramai peminat yang setia, albumnya yang terakhir pada 2014, ‘A.K.A.’ ternyata tidak begitu berjaya dari segi komersil berbanding album-albumnya yang terdahulu.

Lopez, 47 tahun, berkahwin dengan Anthony, megastar salsa yang juga anak jati New York berketurun­an Puerto Rico, selama sedekad bermula pada 2004, dan Lopez melahirkan anak kembar pada 2008.

Kehidupan peribadi Lopez kerap dipaparkan dalam tabloid.

Dia baru-baru ini berpacaran dengan legenda besbol Alex Rodriguez, seorang warga New York yang berketurun­an Dominika Amerika. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HUBUNGAN BAIK: Gambar fail bertarikh 17 November 2016 menunjukka­n Jennifer Lopez memeluk Marc Anthony semasa Anugerah Grammy Latin yang ke-17di Las Vegas, Nevada.
— Gambar AFP HUBUNGAN BAIK: Gambar fail bertarikh 17 November 2016 menunjukka­n Jennifer Lopez memeluk Marc Anthony semasa Anugerah Grammy Latin yang ke-17di Las Vegas, Nevada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia