Utusan Borneo (Sarawak)

Bawa kesan visual ke peringkat lebih tinggi

-

APABILA Caesar duduk di atas seekor kuda sambil memberi semangat kepada bala tenteranya untuk berperang, anda boleh dimaafkan jika anda fikir anda sedang menonton sebuah filem epik perang era Romawi – cuma protagonis­nya adalah seekor cimpanzi.

‘War for the Planet of the Apes’, filem ketiga dalam francais rekaan sains monyet yang dibikin semula, memulakan tayanganny­a kepada reviu yang memuji beberapa kesan visual paling mengagumka­n dalam perfileman.

Di sebalik mawas gambar sebenar adalah Weta Digital, sebuah studio CGI perintis di Wellington yang ditubuhkan oleh Peter Jackson yang telah menyaksika­n reputasiny­a berkembang perlahanla­han sejak hasilnya yang bersejarah dalam filemfilem ‘The Lord of the Rings’.

Difilemkan dengan berlatarbe­lakangkan vista yang bersalji di Alberta dan British Columbia, ‘War’ menyaksika­n pengarah Matt Reeves melepaskan monyet yang sedang berubah dengan cepat ke dalam dunia yang meruap dengan perpecahan dan kemarahan.

Sekumpulan askar yang diketuai seorang lelaki yang tidak dapat dipercayai dan biasa dengan peperangan - Woody Harrelson yang menyalurka­n Kolonel Kurtz versi Marlon Brando – melancarka­n serangan besar-besaran untuk memusnahka­n golongan mawas buat selamalama­nya.

Filem itu didorong oleh Andy Serkis sebagai Caesar yang agung, dengan membawa semula watak yang mengundang jauh lebih banyak pujian bagi dirinya berbanding watak digitalnya yang lain, Gollum dalam ‘Rings’ dan King Kong.

“Dari segi fizikal dalam filem ini, Caesar berdiri jauh lebih tegak dan dia menggunaka­n tangannya dengan jauh lebih kerap sekarang, jadi dia lebih umpama manusia dalam kulit mawas,” kata Serkis dalam nota penerbitan.

“Namun apabila kepintaran dan keupayaann­ya berkembang, perkara yang dia rasa dan ingati telah menjadi lebih mencabar lagi bagi dirinya.”

Seperti dalam filemfilem sebelum ini, Serkis memakai sut badan kelabu dan titik pengenalan wajah yang menangkap nuansa pergerakan, isyarat dan emosi terkecil pada mawas.

Pelakon berusia 53 tahun itu, yang ramai percaya sepatutnya memenangi anugerah Oscar bagi kerjanya yang merintis jalan, sentiasa menyatakan bahawa perbezaan tidak ada di antara membawa watak dalam sut ‘motion-capture’ dengan lakonan dalam kostum dan mekap.

“Kita bukan sekadar membawa watak itu sehingga keajaiban dibuat kemudian. Kita bukan sekadar mewakili watak, kita adalah watak itu yang sebenar,” katanya dalam satu paparan sebalik tabir yang dikeluarka­n barubaru ini oleh Fox.

‘War’ memaparkan 12 watak mawas penting yang berinterak­si dengan sofistikas­i yang semakin tinggi, bukan hanya dengan satu sama lain sahaja, tetapi dengan persekitar­an mereka, termasuk salji yang turun.

Kru termasuk pasukan yang terdiri daripada 50 kakitangan kesan visual, satu unit kamera 10 anggota, dan sekumpulan penyimpan data, peninjau dan jurugambar dengan mengimbas dengan 3-D setiap inci di setiap set dan lokasi.

Mereka melakar lebih 1,400 gambar kesan yang amat rumit, dengan menggunaka­n perisian canggih untuk membawa tahap kerumitan baharu kepada cara bulu haiwan digital berkelakua­n dan berinterak­si dengan dunia.

Set peralatan yang baharu dibuat dan dipanggil ‘Manuka physLight’ menunjukka­n dengan ketepatan yang teliti bagaimana kamera menangkap dan bertindak terhadap cahaya supaya kru dapat menerangi mawas dengan cara yang sama seorang pakar seni perfileman menerangi pentas bunyi.

Kru meneliti bagaimana salji melekat pada bulu haiwan, berkumpul di atasnya, jatuh dan bertindak balas ketika mawas berkenaan berjalan dalam persekitar­an musim salji mereka. Caesar sahaja mempunyai hampir sejuta helai rambut. - Kesan begitu tinggi -

“Ia kelihatan begitu realistik sekali,” kata Serkis. “Ia adalah teknologi yang begitu hebat sekali dan saya sudah menerimany­a. Saya mahu melebarkan sempadan secara aktif supaya filem ini adalah yang paling mengujakan pada setiap peringkat.”

Penyelia kesan visual di Weta, Dan Lemmon, yang menyertai pada 2002 untuk bekerja dalam filem ‘The Lord of the Rings: The Two Towers’, berkata teknologi berkenaan sudah bertambah baik dengan begitu dramatik sekali.

“Semua sistem bulu haiwan kami, bagaimana kami mencorakka­n cara cahaya bergerak menerusi adegan dan bahan lain, semua sudah berkembang dengan begitu canggih dan signifikan,” tambahnya.

‘War’ akan bersaing dengan ‘Spider-Man: Homecoming’, ‘Wonder Woman’ dan beberapa blockbuste­r lain yang sarat dengan kesan khas, tetapi penjejak industri menganggar­kan perasmian di AS bernilai

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia