Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport komoditi meningkat 27.1 peratus sehingga Mei

Bernilai RM59.1 bilion mengatasi RM46.5 bilion tahun lepas

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka mampu mencapai sasaran jualan 202,000 unit tahun ini walaupun persekitar­an ekonomi yang mencabar berterusan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.

Pengeluar kereta itu telah menjual 99,7000 unit kenderaan pada separuh pertama 2017 berbanding 97,400 unit pada separuh pertama 2016. Syarikat itu menjual sejumlah 207,100 kenderaan tahun lalu.

“Setakat ini model Perodua Axia adalah model terlaris tahun ini.

“Kami yakin secara berhati-hati dapat mencapai sasaran jualan awal sebanyak 202,000 pada 2017,” katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi Perodua separuh pertama 2017 di sini, barubaru ini.

Berdasarka­n anggaran dalaman Perodua, Aminar Rashid berkata, jumlah volum industri untuk separuh pertama 2017 meningkat 2.3 peratus kepada 284,200 kenderaan berbanding 275,500 kenderaan dicatat pada separuh pertama 2016.

Penguasaan pasaran semasa pengeluar kereta itu berada pada sekitar 35.1 peratus.

Menurutnya, momentum jualan pada separuh pertama 2017 adalah baik kerana semua model Perodua menduduki tempat pertama dalam segmen masing- masing, dengan 32,00 unit model Axia dijual diikuti Bezza ( 28,300 unit), Myvi (24,000 unit) dan Alza (14,700 unit).

Aminar Rashid berkata, kenaikan jualan itu disebabkan kempen agresif yang dijalankan penggiat automotif yang termasuk pengenalan model baharu dan penghabisa­n stok 2016 dengan menawarkan diskaun mena- rik serta jualan balik.

“Walaupun jualan meningkat, garis panduan pinjaman yang ketat masih menjadi cabaran terbesar untuk ditangani kerana kebanyakan pelanggan kami adalah pembeli kali pertama,” katanya.

Mengenai perkhidmat­an selepas jualan, beliau berkata, Perodua menyaksika­n 1.02 juta kenderaan mengunjung­i pusat servisnya pada separuh pertama 2017, iaitu kenaikan 1.2 peratus berbanding 1.01 juta unit pada separuh pertama 2016.

Menurutnya, Perodua telah mengekspor­t 1,854 kenderaan ke enam negara pada separuh pertama 2017.

“Pengenalan model Bezza baru-baru ini di Mauritius dan Sri Lanka telah diterima baik dan kami telah menjual masing-masing lapan dan 79 unit di kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata, Perodua mengeluark­an 96,600 kenderaan pada separuh pertama 2017 dan menjangka menghasilk­an 197,000 unit menjelang akhir tahun. — Bernama TELUK INTAN: Nilai eksport produk berasaskan komoditi negara sehingga Mei ini meningkat sebanyak 27.1 peratus atau RM59.1 bilion, sekali gus mengatasi RM46.5 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata walaupun ekonomi dunia ada kalanya turun naik, namun nilai eksport produk komoditi negara berjaya ditingkatk­an menerusi beberapa inisiatif yang dilaksanak­an oleh kementeria­n itu.

Beliau berkata bagi eksport industri berasaskan kelapa sawit, ia merupakan penyumbang terbesar daripada nilai keseluruha­n eksport itu dengan mencatat peningkata­n sebanyak 31.54 peratus kepada RM32.2 bilion sehingga Mei berbanding RM24.5 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Seperti biasa, destinasi utama eksport kelapa sawit ialah India, diikuti Eropah dan China,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Daerah Hilir Perak bersama Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak (Mobile CTC) di Pekarangan Menara Condong Teluk Intan di sini semalam.

Mengulas lanjut Mah yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata penyumbang kedua tertinggi eksport ialah hasil industri getah iaitu naik 42.48 peratus atau RM14 bilion sehingga Mei ini berbanding RM9.8 bilion sehingga Mei 2016.

Dua lagi eksport komoditi yang turut meningkat ialah industri koko dan industri perkayuan yang masing-masing mencatat kenaikan 9.10 peratus (RM2.4 bilion) dan 6.76 peratus (RM9.7 bilion).

Industri lada hitam bagaimanap­un mengalami penurunan peratusan eksport iaitu 8.64 peratus atau RM134.39 juta berbanding RM147.10 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Begitu juga dengan eksport industri kenaf yang menurun sebanyak 21.29 peratus kepada RM528.57 juta berbanding RM671.55 juta dalam tempoh yang sama sehingga Mei 2016,” katanya.

Mah berkata sekiranya eksport produk berasaskan komoditi meningkat pada kadar yang konsisten, beliau menjangkak­an nilai eksport produk komoditi tahun ini boleh mencecah RM130 bilion mengatasi RM122 bilion yang telah dicatatkan pada tahun lepas.

Jabatan dan agensi yang terlibat dengan penganjura­n Mobile CTC di Teluk Intan itu termasuk Institut Jantung Negara (IJN), JobsMalays­ia, Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN), Tabung Haji, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia