Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas sokong mekanisme baharu harga bahan api

-

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menyokong sepenuhnya keputusan kerajaan berkaitan kaedah penetapan baharu harga siling bahan api jika berlaku pertukaran ke atas mekanisme sedia ada.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Dagangan Bhd, Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus berkata setakat ini, tiada maklumat baharu mengenai perubahan mekanisme harga minyak diperkenal­kan kerajaan.

“Kita masih lagi menunggu jika terdapat sebarang pendekatan baharu terhadap penetapan harga siling bahan api,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Petronas di sini, kelmarin.

P e t r o n a s D a g a n - gan merupakan cabang pemasaran domestik khusus kepada Petronas.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan, CEO Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan CEO CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Razak.

Bermula April 2017, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an menetapkan harga siling bahan api diumumkan setiap minggu, bagi memastikan pengguna mengetahui­nya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Difahamkan, penetapan harga mingguan itu diperlukan bagi menambah baik pelaksanaa­n pengapunga­n terkawal secara bulanan sebelum ini terutamany­a memandangk­an harga minyak dunia berubah setiap hari. — Bernama GEORGE TOWN: Aurora Italia, jenama barang kemas premium dari Itali yang diedarkan secara eksklusif oleh syarikat dagangan emas iaitu Public Group Group, disasarkan mencatat jualan bernilai RM20 juta pada 2017.

Jenama itu mengkhusus­kan penghasila­n gelang dan rantai tangan emas bersama pelbagai pilihan aksesori buah penyeri perhiasan atau ‘charm’.

Pengarah Aurora Italia, Datin Yvonne Lim Chee Ting berkata pihaknya yakin dapat mencapai sasaran jualan itu berdasarka­n permintaan pelanggan serta pembukaan kios kedua Aurora Italia di Pusat Beli-Belah Queensbay, Bayan Baru di sini.

“Kini kami merancang untuk buka satu lagi kios di Pusat Beli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi. Jadi, saya yakin sasaran jualan RM20 juta itu dapat dicapai,” katanya kepada pemberita selepas pembukaan kios Aurora Italia di Pusat Beli-Belah Queensbay, di sini kelmarin.

Beliau berkata, pada Mac lepas, pihaknya membuka kios pertama Aurora Italia di pusat beli-belah Plaza Gurney dan menerima sambutan yang amat menggalakk­an daripada orang ramai terutama penggemar barangan kemas.

Lim berkata, selain dijual di kios, barangan kemas jenama itu turut boleh dibeli dengan mudah di semua 18 cawangan Public Gold di seluruh negara dan 75 cawangan subpengeda­r yang dilantik iaitu Pos Ar Rahnu.

Beliau berkata, koleksi Aurora Italia yang mempunyai daya tarikan serta mampu menarik minat orang ramai itu juga dijual secara dalam talian menerusi laman web rasmi www.auroraital­ia.net.

Justeru itu, pihaknya turut menyasarka­n jualan dalam talian menyumbang 30 peratus daripada jumlah keseluruha­n jualan Aurora Italia pada 2017, katanya.

“Kami turut menawarkan pelbagai koleksi ‘charm’ terdiri daripada 200 rekaan termasuk tema eksklusif iaitu huruf dan angka, serta sambutan hari istimewa selain yang mempunyai unsur cukup mempesonak­an.

“Ia juga memiliki pelbagai elemen hubungan antara rakan dan keluarga, cinta, kasih sayang, muzikal, pengembara­an dan zodiak.

“Selain itu, ‘charm’ eksklusif bagi setiap rekaan hanya dikeluarka­n sebanyak 100 unit sahaja untuk dimiliki dengan harga serendah RM228 manakala gelang dan rantai tangan emas pula bermula pada harga serendah RM1,718,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia