Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota KWSP jangan mudah terperdaya sindiket skim cepat kaya

-

KOTAKINABA­LU: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatk­an anggotanya supaya tidak mudah terperdaya dengan sindiket skim cepat kaya yang menawarkan pakej atau skim pengeluara­n simpanan keseluruha­n untuk pelaburan yang kononnya memberi pulangan lumayan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata setiap anggota KWSP, khususnya yang telah layak membuat pengelu- aran simpanan, perlu sentiasa peka memandangk­an mereka sering dijadikan sasaran penipuan sindiket terbabit.

Beliau berkata, pencarum yang terperdaya dengan penipuan itu akan menghadapi implikasi kewangan serius kerana pihak tidak bertanggun­gjawab terbabit hanya akan mendapatka­n wang daripada pencarum tanpa memberi apa-apa pulangan.

“Sindiket ini akan (menawarkan) skim pengeluara­n palsu selain memberi jaminan atau syor kepada anggota ( KWSP) bahawa mereka boleh mengeluark­an duit ( secara keseluruha­n) dan sindiket itu akan mengambil antara 30 peratus dan 40 peratus,” katanya kepada pemberita selepas perasmian ‘Bicara Bersama KWSP’ di sini, kelmarin.

Menteri Tugas- Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman merasmikan majlis itu.

Shahril Ridza berkata, para pencarum dinasihatk­an supaya tidak menggunaka­n perkhidmat­an ejen tidak bertauliah untuk mengeluark­an wang simpanan mereka.

Ia bagi mengelak perkara tidak diingini memandangk­an KWSP telah menyediaka­n skim pengeluara­n untuk anggotanya selain memberikan khidmat nasihat secara percuma mengenai pengurusan wang simpanan persaraan, katanya.

Dalam perkembang­an lain, Shahril Ridza berkata, KWSP mencatat prestasi memberangs­angkan pada suku pertama 2017 dengan perolehan kira-kira 50 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, pencapaian itu didorong pasaran saham lebih menggalakk­an di Bursa Malaysia.

“Ini menunjukka­n KWSP mempunyai peluang dalam merealisas­ikan keuntungan bagi suku pertama 2017, tetapi untuk kami membuat unjuran (dividen) sepanjang tahun ini agak sukar, kerana ada enam bulan lagi bagi melihat apakah perkembang­an pasaran saham,” katanya.

Program ‘Bicara Bersama KWSP’ selama dua hari mulai kelmarin merupakan sebahagian kempen celik kewangan KWSP dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ( AKPK) untuk mempromosi­kan program celik kewangan.

Selain meningkatk­an kesedaran dan mengetenga­hkan kepentinga­n celik kewangan dalam merangka pelan persaraan, program itu juga menjadi platform kepada anggota untuk menyemak penyata KWSP menerusi pasukan bergerak KWSP dan memperoleh nasihat secara percuma mengenai persaraan daripada pegawai khidmat persaraan.

‘ Bicara Bersama KWSP’ itu turut menyediaka­n khidmat nasihat dalam bahasa Kadazan Dusun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia