Utusan Borneo (Sarawak)

Gas Malaysia naikkan tarif sektor bukan tenaga di semenanjun­g

-

KUALA LUMPUR: Gas Malaysia Bhd menyemak semula tarif gas asli bagi sektor bukan tenaga di Semenanjun­g Malaysia kepada tarif berkesan purata RM26.46 setiap MMBtu (satu juta Unit Termal British), naik 0.57 peratus daripada RM26.31 setiap MMBtu sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Gas Malaysia berkata kerajaan, melalui Suruhanjay­a Tenaga, meluluskan semakan bagi sektor bukan tenaga di Semenanjun­g Malaysia bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis, 2017.

Kerajaan telah menetapkan kerangka kerja Kawal Selia Berdasarka­n Insentif ( IBR), yang menetapkan tarif asas untuk tempoh kawal selia tiga tahun mulai Januari 2017 dan membenarka­n perubahan dalam kos gas dilepaskan melalui mekanisme Kos Gas Dilepaskan ( GCPT) setiap enam bulan.

Purata tarif asas gas akan diselarask­an kepada RM28.05 setiap MMBtu.

Selain itu, mengikut me- kanisme GCPT, rebat sebanyak RM1.59 setiap MMBtu akan digunakan bagi semua kategori tarif bagi tempoh Julai hingga Disember 2017.

Ini diterjemah­kan kepada tarif berkesan purata sebanyak RM26.46 setiap MMBtu.

Berkuat kuasa 1 Julai, 2017, pengguna kediaman akan dikenakan tarif asas disemak semula sebanyak RM20.23 setiap MMBtu daripada tarif asas sedia ada sebanyak RM19.26 setiap MMBtu.

Penggunaje­nisA yangmenggu­nakan sehingga 600 MMBtu setahun, tarif asas yang disemak berkuat kuasa 1 Julai, 2017 ialah pada RM26.11 setiap MMBtu berbanding tarif asas sedia ada sebanyak RM24.86 MMBtu.

Bagi penggunaan gas tahunan sebanyak 601 hingga 5,000 MMBtu, tarif asas yang disemak berkuat kuasa 1 Julai, 2017 ialah RM26.25 setiap MMBtu berbanding tarif asas sedia ada sebanyak RM24.99 setiap MMBtu.

Penggunaan gas tahunan se- banyak 5,001 hingga 50,000 MMBtu pula, tarif asas disemak berkuat kuasa 1 Julai, 2017 ialah RM26.51 setiap MMBtu berbanding tarif asas sedia ada sebanyak RM25.24 setiap MMBtu.

Bagi penggunaan gas tahunan sebanyak 50,001 hingga 200,000 MMBtu, tarif asas yang disemak berkuat kuasa 1 Julai , 2017 ialah RM27.66 setiap MMBtu berbanding tarif asas sedia ada sebanyak RM26.33 setiap MMBtu.

Sementara itu bagi penggunaan gas tahunan sebanyak 200,001 hingga 750,000 MMBtu, tarif asas disemak berkuat kuasa 1 Julai, 2017 ialah RM27.66 setiap MMBtu berbanding RM26.33 setiap MMBtu.

Semakan tarif berkenaan tidak memberi kesan terhadap operasi perniagaan Gas Malaysia dan ia dijangka menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangan syarikat pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017, kata Gas Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia