Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia dijangka meningkat semula

Dipengaruh­i kadar faedah rendah oleh FED, ringgit stabil dan harga minyak mentah pulih

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka mencatat lantunan semula selanjutny­a minggu ini, didorong prestasi kukuh Wall Street, kenyataan memihak kepada kadar faedah rendah oleh Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat ( Fed), kestabilan ringgit dan pemulihan harga minyak mentah.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak melepasi paras sokongan 1,767 minggu ini, bagaimanap­un sekiranya tidak berlaku, penjualan pada minggu sebelumnya dijangka berterusan.

“Saham global yang mencecah rekod tertinggi ketika keyakinan baharu bahawa Rizab Persekutua­n akan mengekalka­n kadar berperingk­at mengikut kelaziman dasar, manakala ringgit stabil di atas paras penting 4.300,” katanya kepada Bernama.

Nazri Khan berkata, harga minyak mentah turut meningkat bagi sesi keempat berturut-turut, dengan minyak mentah Brent berusa- ha untuk kekal pada hampir paras AS$50 setong, pada masa sama, ringgit bergerak sekitar paras tertinggi dalam sebulan berbanding dolar AS susulan keputusan Bank Negara Malaysia tidak menaikkan kadar faedah.

Beliau berkata, terdapat tiga laporan positif bagi bursa tempatan, iaitu penyederha­naan inflasi, Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian kukuh dan kadar dasar semalaman Bank Negara Malaysia yang akomodatif.

BNM melihat kepada peningkata­n menaik ekonomi domestik, khususnya apabi- la pertumbuha­n global didapati semakin lebih seiring, dipacu oleh aktiviti perindustr­ian dan dagangan global lebih tinggi, katanya.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 4.93 mata kepada 1,755, kebanyakan­nya dipengaruh­i oleh prestasi Wall Street, serta aktiviti pengambila­n untung.

Indeks FBM Emas kurang 56.09 mata kepada 12,494.68, Indeks FBMT 100 turun 45.88 matakepada 12,142.19 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 91.51 mata kepada 12,674.74.

FBM 70 merosot 100.58 mata kepada 14,837.25, bagaimanap­un FBM Ace melonjak 300.87 mata kepada 6,829.17.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 90.94 mata kepada 16,671.65, I n d e k s P e r l a d a n g a n kurang 17.67 mata kepada 7,854.32, namun Indeks Perusahaan meningkat 21.48 mata kepada 3,264.77.

Jumlah dagangan keseluruha­n mingguan meningkat kepada 9.29 bilion unit bernilai RM9.29 bilion daripada lapan bilion unit bernilai RM8.52 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama bertambah kepada 5.62 bilion saham bernilai RM8.55 bilion daripada 5.51 bilion saham bernilai RM7.99 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 690.32 juta unit bernilai RM72.88 milion daripada 687.91 juta unit bernilai RM95.23 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 2.84 b i l i o n s a h a m b e r n i l a i RM632.99 juta daripada 1.7 bilion saham bernilai RM407.48 juta pada minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia