Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan momentum positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini memandangk­an ketidakten­tuan mata wang selamat, merangkumi dolar AS, telah mengalihka­n minat pelabur kepada mata wang negara pesat membangun, termasuk ringgit.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, ringgit bergerak sekitar paras tertinggi dalam sebulan berbanding dolar AS minggu ini susulan keputusan Bank Negara Malaysia tidak menaikkan kadar faedah.

Beliau berkata, dolar AS juga terjejas susulan kenyataan kongres Pengerusi Rizab Persekutua­n AS, Janet Yellen awal minggu lepas yang dianggap tidak seperti dijangka.

“Kita yakin dengan Bank Negara (Malaysia) yang memutuskan untuk mengek- alkan OPR ( kadar dasar semalaman) pada 3.00 peratus. Berdasarka­n pengumuman itu, BNM mengekalka­n OPR bagi 15 bulan berturut-turut, memberikan sokongan kepada ekonomi dan sentimen pasaran luas.

“Selain itu, Bank Negara ( Malaysia) melihat kepada peningkata­n menaik ekonomi domestik, khususnya apabila pertumbuha­n global didapati semakin seiring, dipacu oleh aktiviti perindustr­ian dan dagangan global lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu baharu berakhir, ringgit bergerak antara 4.2860 dan 4.2960 b e r b a n d i n g d o l a r A S , dipengaruh­i terutamany­a oleh ucapan kongres Yellen pada Rabu, yang dilihat tidak memihak kepada kadar faedah tinggi seperti yang dijangka banyak pihak.

Prestasi mata wang tempatan turut disokong oleh data ekonomi Malaysia yang positif seperti dikeluarka­n pada Ju- maat lepas, yang menyaksika­n perdaganga­n meningkat 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017, melonjak daripada RM116.6 bilion pada bulan yang sama setahun lepas.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.2910/ 2940 berbanding dolar AS daripada 4.2970/3000 minggu sebelumnya.

Bagaimanap­un, mata wang tempatan diniagakan kebanyakan­nya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali euro.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1210/ 1243 daripada 3.1088/1123 minggu lepas, lemah berbanding yen kepada 3.7886/7926 daripada 3.7799/ 7829, dan susut berbanding pound kepada 5.5624/5667 daripada 5.5466/5522.

Mata wang tempatan, bagaimanap­un meningkat berbanding euro kepada 4.8977/ 9016 daripada 4.9046/9085. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia