Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka kekal bercampur-campur

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksika­n dagangan bercampur- campur minggu ini, menjejaki prestasi niaga hadapan serantau dan ketidakten­tuan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pasaran getah tempatan turut mengalami dagangan bercampur- campur minggu lepas, mengambil petunjuk daripada prestasi niaga hadapan serantau iaitu Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) dan Bursa Niaga Hadapan Shanghai (SHFE), serta pergerakan harga minyak mentah.

Harga getah asli meningkat secara berperingk­at pada Jun, manakala defisit bekalan tidak berubah, katanya memetik laporan Persatuan Negara- Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC).

Defisit bekalan getah asli dunia pada Jun adalah hampir 700,000 tan.

Pengeluara­n global bagi separuh pertama 2017 adalah 5.73 juta tan, meningkat 5.8 peratus daripada5.42 juta tan pada separuh pertama 2016, berbanding permintaan dun- ia 6.42 juta tan bagi tempoh sama, meningkat 0.3 peratus daripada 6.4 juta tan pada separuh pertama 2016, menurut laporan berkenaan.

Beliau berkata, ANRPC turut menyemak semula unjurannya bagi bekalan getah asli dunia pada 2017 kepada 12.80 juta tan, manakala permintaan global dijangka pada 12.9 juta tan.

“Pasaran dijangka meningkat dalam jangka terdekat, seiring unjuran positif penawaran dan permintaan getah asli dunia, serta ekonomi China dan harga minyak mentah yang semakin baik,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga getah bercampur-campur seiring aliran di TOCOM dan SHFE.

Ia diniagakan rendah bagi dua hari pertama, sebelum meningkat semula pada Rabu dan kemudian kekal bercampur- campur sehingga Jumaat.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat dua sen kepada 623.5 sen sekilogram daripada 621.5 sen sekilogram, dan susu getah pukal susut 21.5 sen kepada 499 sen sekilogram daripada 520.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup bagi gred tayar SMR 20 meningkat 8.0 sen kepada 637.5 sen sekilogram daripada 629.5 sen sekilogram, bagaimanap­un susu getah pukal turun 6.0 sen kepada 498 sen sekilogram daripada 504 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia