Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan MSM diunjur diniagakan tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s diunjur diniagakan tinggi minggu ini dengan jangkaan eksport lebih tinggi pada bulan-bulan akan datang, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng berkata, data eksport yang akan dikeluarka­n minggu ini dijangka positif susulan peningkata­n permintaan, khususnya dari China, yang bersedia bagi pembelian bermusim dan memenuhi bekalan yang berkuranga­n.

“Menjelang musim sejuk, kebanyakan negara pengimport akan bersiap sedia menambah bekalan mereka memandangk­an penggunaan dijangka meningkat, kita melihat aliran itu dari China dan juga negara lain.

“Kami menjangkak­an harga MSM diniagakan antara julat RM2,540 dan RM2,650 satu tan minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga lain berkata pasaran akan terus memantau prestasi harga minyak kacang soya di Lembaga Dagangan Chicago (CBOT) dan Bursa Komoditi Dalian, serta pergerakan ringgit, yang mungkinmem­pengaruhic­orak dagangan di pasaran MSM.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran niaga hadapan MSM Malaysia diniagakan bercampur-campur, menjejaki prestasi minyak makan di CBOT dan Bursa Komoditi Dalian, serta kebimbanga­n terhadap peningkata­n pengeluara­n minyak sawit.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Julai 2017 merosot RM48 kepada RM2,620 satu tan, Ogos 2017 meningkat RM32 kepada RM2,637 satu tan, September 2017 menokok RM14 kepada RM2,568 satu tan dan Oktober 2017 naik RM23 kepada RM2,551 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 217,042 lot daripada 188,610 lot minggu lepas, manakala kepentinga­n terbuka meningkat kepada 269,397 kontrak daripada 253,521 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan Julai susut RM32 kepada RM2,638 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia