Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan emas dalam kedudukan berhati-hati

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka dalam dagangan berhati-hati minggu ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex).

Peniaga berkata, ucapan kongres Pengerusi Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat ( Fed), Janet Yellen pada Rabu, yang disifatkan tidak seperti dijangka, mungkin menjejaska­n lagi emas Comex minggu ini, sekali gus memberi kesan kepada prestasi niaga hadapan emas Bursa Malaysia.

“Kenyataan Yellen itu mencetuska­n penyusutan ketara ke atas hasil Perbendaha­raan AS. Fed masih dilihat akan meneruskan peningkata­n kadar ( faedah),” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran emas tempatan diniagakan kebanyakan­nya rendah, menjejaki terutamany­a prestasi pasaran emas Comex.

Pasaran emas Comex diniagakan bercampur-campur disebabkan sentimen berhati- hati berikutan ucapan kongres Yellen, yang dilihat tidak memihak kepada kadar faedah tinggi seperti yang dijangka banyak pihak.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Julai 2017, dan Ogos 2017 masing-masing menokok tujuh mata kepada RM169.25 dan RM169.85 segram, manakala September 2017 dan Oktober 2017 meningkat lima mata kepada RM170.25 dan RM171.10 segram.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 68 lot bernilai RM1.76 juta daripada 83 lot bernilai RM1.41 juta minggu sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka pada Jumaat meningkat kepada 232 kontrak daripada 227 kontrak pada Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia