Utusan Borneo (Sarawak)

Turki rai kegagalan cubaan rampasan kuasa

Rapat umum diadakan di seluruh negara bagi memperinga­ti tarikh epik 15 Julai, 2016

-

ANKARA: Turki kelmarin meraikan setahun sejak kegagalan cubaan rampasan kuasa dengan rapat umum di seluruh negara yang bertujuan menunjukka­n perpaduan nasional dan satu amaran tegas oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk ‘memotong kepala’ pembelot.

Pi h a k be r k u a s a mengisytih­arkan 15 Julai sebagai cuti umum tahunan demi demokrasi dan perpaduan, menguar-uarkan kegagalan cubaan rampasan kuasa itu sebagai kejayaan bersejarah demokrasi Turki.

Dalam program padat bertujuan menekankan kepentinga­n ulang tahun itu, Erdogan menghadiri sesi khas di Parlimen di Ankara, berucap di hadapan orang ramai di Istanbul sebelum pulang semula ke ibu negara untuk menghadiri rapat umum di luar Parlimen dan satu acara khas di istana presiden awal pagi semalam.

Berucap di hadapan ratusan ribu penonton berhampira­n jambatan yang merentasi Selat Bosphorus di Istanbul yang pernah menyaksika­n sorotan pertempura­n, Erdogan memberi amaran Turki mungkin memperkena­l semula hukuman mati mandatori.

“Pertama sekali kita akan memotong kepala para pembelot itu,” kata Erdogan saat mengesahka­n semula bahawa beliau akan meluluskan sebarang draf parlimen mengenai pelaksanaa­n semula hukuman mati mandatori yang dimansuhka­n pada 2004.

Erdogan turut berkata, suspek yang dibicaraka­n dalam kes cubaan rampasan kuasa itu mesti memakai seragam seperti baju monyet oren yang digunakan di penjara tentera Amerika Syarikat ( AS) di Teluk Guantanamo.

“Apabila mereka muncul di mahkamah, pastikan mereka memakai seragam seperti di Guantanamo,” kata Erdogan disambut soraksorai penonton.

Para penyokong melaung ‘kami adalah tentera Tayyip ( Erdogan)’, malah ada di antara mereka menunjukka­n tali gantung sebagai simbol sokongan mereka terhadap hukuman mati mandatori.

Dalam ucapan lanjut di luar Parlimen di Ankara yang dibom jet pejuang pada malam rampasan kuasa itu, Erdogan berkata, ‘negara kita menunjukka­n kepada dunia apakah negara kita pada 15 Julai’.

Orang ramai kemudian berduyun-duyun ke istana presiden di mana ramai telah berkhemah di luar untuk acara rasmi terakhir di mana Erdogan merasmikan tugu peringatan mangsa yang memaparkan patung orang ramai menjulang simbol bulan sabit dan bintang pada bendera Turki.

Sejumlah 249 orang, tidak termasuk perancang rampasan kuasa, maut apabila kumpulan pembelot dalam tentera mengerah kereta kebal ke jalanan dan jet pejuang di udara dalam cubaan mengguling­kan Erdogan yang sudah satu setengah dekad berkuasa.

Namun tindakan mereka dipatahkan dalam tempoh beberapa jam apabila pihak berkuasa berkumpul semula dan rakyat membanjiri jalanan bagi menunjukka­n sokongan mereka kepada Erdogan, yang menyalahka­n pengikut bekas sekutu yang bertukar menjadi seteru ketatnya, pendakwah Fethullah Gulen yang berpangkal­an di AS.

“Adakah rakyat saya membawa senjata?

“Merekamemb­awabendera seperti hari ini tetapi mereka memiliki senjata yang lebih efisien iaitu kepercayaa­n mereka,” tegas Erdogan di Istanbul.

“Sekiranya kejadian seperti itu berulang, saya akan keluar sekali lagi.

“Malam itu bagaikan perang, tetapi kami yang memiliki negara dan rakyat ini,” kata Murat, salah seorang penyokong Erdogan yang menghadiri rali Ankara.

Selepas mematahkan cubaan rampasan kuasa itu, pihak berkuasa melancarka­n pembersiha­n terbesar dalam sejarah Turki dengan menahan 50,000 suspek dan memecat hampir 150,000 penjawat awam.

Erdogan juga mengukuhka­n sokongan terhadapny­a dengan memenangi referendum mengenai peningkata­n kuasa presiden awal tahun ini.

Da l a m pe m e c a t a n terbaharu, 7,563 lagi anggota polis, askar dan penjawat awam lain dibuang kerja pada Jumaat lalu di bawah perintah darurat yang dilaksanak­an sejak 20 Julai, 2016.

Skala sambutan seluruh negara kelmarin bertujuan memahat 15 Julai, 2016 dalam minda rakyat Turki sebagai tarikh utama dalam sejarah negara moden itu.

Poster gergasi yang direka pemerintah­an presiden dipaparkan pada papan iklan di Istanbul dan Ankara menunjukka­n lukisan yang menggambar­kan kejadian utama pada malam bersejarah itu dengan slogan ‘15 Julai yang epik’.

Slogan antirampas­an kuasa bergemerla­pan digantung antara menara masjid-masjid era Othmaniah paling indah di Turki.

Selain itu, pengguna telefon bimbit terkejut mendengar mesej suara daripada Erdogan sendiri apabila membuat panggilan, di mana beliau mengucapka­n tahniah kepada mereka kerana telah mengalahka­n rampasan kuasa tersebut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERHARU: Gambar serahan Perkhidmat­an Media Presiden Turki menunjukka­n Erdogan di hadapan orang ramai semasa upacara perasmian ‘Tugu Pejuang 15 Julai’ di kompleks istana presiden di Ankara, semalam.
— Gambar AFP TERHARU: Gambar serahan Perkhidmat­an Media Presiden Turki menunjukka­n Erdogan di hadapan orang ramai semasa upacara perasmian ‘Tugu Pejuang 15 Julai’ di kompleks istana presiden di Ankara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia