Utusan Borneo (Sarawak)

Pertelingk­ahan di stadium Dakar, lapan terbunuh

-

DAKAR: Lapan maut dalam tragedi semasa perlawanan akhir piala liga bola sepak di Dakar, Senegal, kelmarin, kata menteri sukan, apabila tembok runtuh menghempap para penyokong yang bertelingk­ah dan mencetuska­n rempuhan panik.

Menteri Sukan Matar Ba berkata, seorang kanakkanak perempuan turut terkorban, manakala kirakira 60 peminat yang cedera dikejarkan ke kemudahan kesihatan di Dakar.

Beliau menjanjika­n langkah tegas supaya kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi di Senegal.

Anggota bomba dan ambulans dikerahkan ke tempat kejadian lewat kelmarin.

Seorang wartawan AFP yang menonton perlawanan menceritak­an bahawa stadium padat dengan penonton ketika perlawanan yang sudah lama dinanti-nantikan itu di antara pasukan tempatan US Ouakam dan Stade de Mbour.

Ketika kedudukan 2- 1 dalam waktu tambahan, penyokong US Ouakam mula melontar batu ke arah penyokong Stade de Mbour, menyebabka­n orang ramai terkocoh-kocoh meninggalk­an tempat duduk, kata wartawan itu.

Sebahagian tembok yang menyangga bangku panjang di mana penyokong kedua-dua pasukan duduk kemudian runtuh, sebelum polis melepaskan gas pemedih mata dan panik merebak di dalam stadium sehinggaka­n mencetuska­n rempuhan.

“Apabila tembok tiba-tiba runtuh, kami tahu ada di antara kami yang maut kerana tembok itu menghempap orang,” kata Cheikh Maba Diop, saksi yang membantu mengeluark­an mangsa dari stadium dan kehilangan rakannya dalam tragedi itu.

Turut bercakap di tempat kejadian, peminat bola sepak Mara Die Diouf berkata, kawalan polis di stadium itu tidak memadai.

“Apa yang saya dapati teruk ialah kita ada perlawanan akhir seperti ini dalam stadium seperti ini di sini di mana kawalan keselamata­n tidak mencukupi,” katanya.

Diouf bercerita mengenai an g g o t a po l i s ya n g berundur dari kawasan yang memisahkan penyokong kedua-dua pasukan apabila barang mula dilontar, mencetuska­n pergerakan berbahaya oleh penonton yang tidak dapat mempertaha­nkan diri.

Wartawan AFP di tempat kejadian ternampak barang mangsa berlumuran darah di tempat kejadian, dengan kaca mata dan baju di celah serpihan konkrit.

Kempen untuk pilihan raya Parlimen di Senegal pada 30 Julai ditangguhk­an semalam sebagai penghormat­an kepada mangsa, kata jurucakap Presiden Macky Sall.

“Presiden juga mahu hukuman dikenakan sebagai amaran selepas tragedi itu,” kata El Hamidou Kasse dalam televisyen TFM.

Rekod keselamata­n Senegal di perhimpuna­n besar dikritik hebat pada tahun ini ekoran puluhan kematian semasa pemukiman keagamaan pada April lalu apabila kebakaran memusnahka­n tempat perlindung­an sementara. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HURU-HARA: Orang ramai kecoh di tempat kejadian setelah tembok runtuh di stadium Demba Diop di Dakar, kelmarin.
— Gambar AFP HURU-HARA: Orang ramai kecoh di tempat kejadian setelah tembok runtuh di stadium Demba Diop di Dakar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia