Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g Venezuela seru pendapat awam

-

CARACAS: Ra k y a t Venezuela keluar mengundi semalam dalam pilihan raya anjuran pembangkan­g bertujuan mengukur sokongan awam terhadap rancangan Maduro untuk merombak perlembaga­an, be r l a t a r b e l a k a n g k a n keganasan politik yang semakin teruk.

Apabila pihak berkuasa enggan membenarka­n pe n g u n d i a n ya n g disampaika­n sebagai tindakan kedegilan sivil dan diboikot para penyokong Presiden Nicolas Maduro, pengundi nampaknya bakal menolak mentah- mentah skim kontrovers­i itu.

Pilihan raya ‘ plebiscite’ simbolik itu dibuat dua minggu menjelang pengundian yang disokong Maduro bagi pelantikan badan awam yang akan menilai semula perlembaga­an, di mana pembangkan­g awal-awal lagi telah menyeru boikot daripada para penyokongn­ya.

Inisiatif serampang dua mata itu meningkatk­an kebimbanga­n antarabang­sa yang disuarakan Gereja Katolik dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, bahawa peluang untuk dialog di antara kedua-dua pihak semakin tipis.

Ini sekali gus memarakkan kebimbanga­n mengenai lebih banyak protes dan pertempura­n jalanan dengan polis, yang berterusan sejak tiga setengah bulan lalu, di mana hampir 100 mati dalam kekacauan sejak awal April.

Bagaimanap­un ramai rakyat tidak fokus kepada permainan politik, sebaliknya mereka lebih mengambil berat kehidupan harian di bawah krisis ekonomi berlarutan yang menyebabka­n kekurangan makanan dan ubat.

Meskipun Maduro amat tidak popular, di mana 80 peratus mengkritik pemerintah­annya menurut firma kaji selidik Datanalisi­s, beliau mendapat sokongan daripada kebanyakan golongan miskin, sebahagian populasi dan paling penting, tentera.

Pembangkan­g berkata, semua sudah bersedia untuk pengundian semalam.

“Semuanya sudah sedia,” kata tokoh pembangkan­g Maria Corina Machado yang seterusnya meramalkan bahawa pengundi bukan sahaja akan menolak Dewan Perlembaga­an, badan yang cuba dibentuk Maduro untuk merangka semula perlembaga­an, malah akan memberi mandat bagi perubahan rejim, berakhirny­a pemerintah­an diktator dan permulaan peralihan kepada kerajaan perpaduan nasional.

Namun Maduro yang menyampaik­an ucapan di radio dan televisyen rasmi menggambar­kan pengundian i tu sebagai sekadar rundingan dalaman partiparti pembangkan­g tanpa kesahihan pilihan raya.

Ketua pembangkan­g Henrique Capriles menjangka kehadiran pengundi sebanyak 62 peratus atau kira-kira 11 juta daripada 30 juta populasi negara.

Lima bekas presiden Amerika Latin dari Bolivia, Colombia, Mexico dan dua dari Costa Rica, berada di Venezuela atas jemputan pembangkan­g untuk menjadi pemantau pilihan raya bersama pakar pilihan raya dari pelbagai negara.

Pilihan raya semalam diadakan di 2,000 pusat pengundian di seluruh negara, dan di 80 negara yang mempunyai ekspatriat Venezuela. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia