Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan protes referendum Mauritania

-

NOUAKCHOTT: Ribuan warga Mauritania memenuhi jalanan kelmarin untuk membantah referendum pe r l e m b a g a a n ya n g kontrovers­i pada 5 Ogos, menurut wartawan AFP di demonstras­i tersebut yang dianjurkan oleh pakatan pembangkan­g.

Pakatan ‘Tidak’ meliputi pelbagai golongan politik termasuk Islamis dan aktivis anti-perhambaan di negara konservati­f barat Afrika itu, di mana semua mereka menentang langkah termasuk memansuhka­n senat dan menukar bendera kebangsaan.

Perarakan kelmarin disusuli rapat umum di mana pemidato mengecam Presiden Mohamed Ould Abdel Aziz melancarka­n kudeta menentang perlembaga­an.

Jemil Ould Mansour, ketua parti Islam Tewassoul yang menerajui pergerakan menentang pungutan suara itu, menyifatka­n penyertaan dalam tunjuk perasaan itu sebagai “memberi keputusan awal”, yang dianggap “mesej jelas kepada rejim untuk menamatkan usaha yang tidak berguna ini”.

Ahli-ahli Senat menolak pemansuhan dewan Mac lalu, tindakan yang dipercayai mengejutka­n kerajaan kerana majoriti ahli adalah dari parti pemerintah, seterusnya mendorong Aziz untuk mengadakan referendum.

Namun pembangkan­g bi m b a n g , wa l a u p u n Aziz membuat dakwaan sebaliknya, beliau sedang meletakkan asas untuk memegang kuasa bagi penggal ketiga, selepas perdana menterinya sendiri barubaru ini menyatakan beliau menyokong idea itu.

Perarakan ini tindakan pertama oleh pergerakan boikot aktif baharu, yang berikrar untuk menentang pungutan suara itu pada setiap langkah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia