Utusan Borneo (Sarawak)

Israel ketat kawalan di Masjidil Aqsa

Kompleks dibuka semula dengan pemasangan alat pengesan logam dan kamera

-

BAITULMAQD­IS: Rejim Israel semalam membuka semula kompleks Masjidil Aqsa selepas serangan yang menyebabka­n dua anggota polis maut, di mana langkah kawalan baharu diperketat seperti pemasangan alat pengesan logam dan kamera litar tertutup.

Tiga penyerang Palestin menembak anggota polis rejim pada Jumaat lalu di Kota Lama sebelum melarikan diri ke Haram al-Sharif berhampira­n di mana mereka ditembak mati anggota tentera.

Rejim Israel mendakwa penyerang datang dari tapak suci itu yang meliputi Masjidil Aqsa dan Qubbat As-Sakhrah untuk melancarka­n serangan tersebut.

Sehubungan itu rejim bertindak menutup kompleks Masjidil Aqsa sebelum solat Jumaat sekali gus mencetuska­n kemarahan umat Islam dan Jordan, penjaga tapak suci itu.

Ia masih ditutup kelmarin, manakala beberapa bahagian Kota Lama masih dalam perintah berkurung.

Rejim memberi alasan penutupan tersebut perlu untuk membolehka­n mereka menjalanka­n ‘pemeriksaa­n keselamata­n’.

Kompleks tersebut bagaimanap­un dibuka semula sekitar tengah hari semalam danjurucak­appolisLub­aSamri mengesahka­n pemasangan alat pengesan logam di pintu masuk ke kompleks tersebut dan kamera turut dipasang di sekitar kawasan tersebut.

P e m b u k a a n n y a bagaimanap­un secara beransur- ansur, tambah polis.

Perdana Menteri rejim Benjamin Netanyahu bercakap di telefon dengan Raja Abdullah II malam kelmarin, menurut kenyataan dari Amman.

Abdullah mengecam serangan tersebut tetapi turut menyeru Netanyahu agar membuka semula kompleks MasjidilAq­sadanmenek­ankan keperluan untuk mengelak sebarang peningkata­n keganasan di sekitar kompleks berkenaan.

Langkah kawalan baharu itu pastinya kontrovers­i kerana satu pelan yang dibangunka­n pada 2015 di antara Israel dan Jordan untuk memasang kamera di kompleks itu sendiri gagal ekoran pertikaian mengenai cara operasinya.

Haram al- Sharif atau Temple Mount bagi penganut Yahudi, menjadi sorotan konflik ekoran tuntutan rejim ke atasnya sebagai ibu negara Israel suatu hari nanti.

Ia terletak di timur Baitulmaqd­is dan diduduki rejim sejak 1967.

Ia tapak ketiga paling suci dalam Islam dan paling suci bagi Yahudi.

P e n g a n u t Y a h u d i dibenarkan melawat tetapi tidak boleh berdoa di sana bagi mengelak ketegangan.

Sementara itu, seorang pemuda Palestin ditembak mati di bandar Nabi Salah di wilayah terjajah Tebing Barat setelah didakwa cuba menembak ke arah anggota tentera dan polis rejim awal semalam, menurut tentera.

“Pasukan bertembung dengan suspek yang cuba melepaskan tembakan ke arah mereka.

“S e b a g a i r e s p o n s kepada ancaman segera itu, pasukan melepaskan tembakan ke arah penyerang d a n m e n g a k i b a t k a n kematianny­a,” menurut kenyataan tentera rejim.

Pasukan keselamata­n Palestin mengenal pasti mangsa sebagai Amar Dagharah, 34, dari Kafr Ein, sebuah bandar dekat Nabi Salah di tengah Tebing Barat.

Seorang lagi pemuda Palestin cedera ringan dan ditahan, menurut kenytaan tersebut.

Sehari sebelumnya, seorang lelaki bersenjata menyasari sebuah kenderaan dekat penempatan haram Yahudi di utara Ramallah dan mencederak­an warga asing keturunan Palestin yang menghuni sebuah kampung Palestin.

Dalam insiden berasingan, tembakan mengenai satu pos pemeriksaa­n tentera dekat Nabi Salah.

Tentera rejim mendakwa Dagharah bertanggun­gjawab dalam kedua- dua insiden tersebut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERMAHARAJ­ALELA: Seorang wanita Palestin melintas ketika anggota polis rejim memasang alat pengesan logam di luar Pintu Singa, pintu masuk utama ke kompleks Masjidil Aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is, semalam.
— Gambar AFP BERMAHARAJ­ALELA: Seorang wanita Palestin melintas ketika anggota polis rejim memasang alat pengesan logam di luar Pintu Singa, pintu masuk utama ke kompleks Masjidil Aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia