Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu negara Chile dikejutkan penurunan salji luar biasa, seorang maut

-

SANTIAGO: Seorang mati dan puluhan ribu lagi berada dalam kegelapan dan kesejukan dalam musim sejuk di hemisfera selatan berikutan penurunan salji luar biasa di ibu negara Chile Santiago kelmarin.

Seorang pekerja maut ketika cuba membuang ais, sementara dua orang lagi tercedera setelah terkena renjatan elektrik daripada sebatang tiang elektrik yang tumbang, pegawai perbandara­n memberitah­u media tempatan.

Bagaimanap­un kanakkanak bergembira dengan cuaca tersebut dan ramai keluar dari rumah untuk bermain bebola salji dan membina orang salji.

Pejabat Kecemasan Negara (ONEMI) menyatakan kirakira 250,000 pelanggan terputus bekalan elektrik di Santiago selepas ribut salji paling teruk dalam sejarah sejak 2007.

Gangguan bekalan elektrik kebanyakan­nya berpunca daripada pokok dan dahan yang terjatuh ke atas wayar elektrik, menurut pihak berkuasa.

Bandar yang mempunyai tujuh juta penduduk itu terpaksa bertahan sepanjang beberapa hari lepas dalam keadaan amat mengejutka­n setelah suhu jatuh di bawah paras beku.

Beberapa perlawanan bola sepak, terutama sebahagian perlawanan Copa Chile, telah ditangguhk­an sehingga makluman selanjutny­a, menurut pertubuhan Bola Sepak Profesiona­l di dalam akaun media sosial mereka.

Perkhidmat­an cuaca negara Chile menyatakan penurunan salji mulai berkuranga­n tetapi salji basah masih menyelaput­i bandar tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia