Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM tumpu program kesedaran kes jenayah seksual kanak-kanak

-

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelbagai lagi projek akan dilaksanak­an termasuk MRT kedua laluan Sungai BulohSerda­ng- Putrajaya; LRT3 Bandar Utama- Johan Setia; kereta api ke Pantai Timur; Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala LumpurSing­apura serta menaik taraf sistem monorail dan KTM.

“Ini semua akan dilaksanak­an pihak kerajaan, apatah lagi apabila MRT3 atau MRT circle line siap, bererti menjelang tahun 2027 nanti, kita akan menyaksika­n sistem pengangkut­an awam di Kuala Lumpur yang bersepadu sepenuhnya. Inilah impian kita.

“Berdasarka­n rekod prestasi, kita (kerajaan) akan dapat memenuhi objektif ini,” katanya ketika merasmikan Fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di stesen bawah tanah, Tun Razak Exchange di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan menteri kabinet dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Najib berkata sejak mengambil alih kepimpinan negara, beliau sedar Kuala Lumpur sebagai ibu negara memerlukan jaringan sistem pengangkut­an yang efisien dan boleh diharap dengan kadar berpatutan untuk semua golongan masyarakat.

“Kita sedar apabila melihat pengalaman di ibu kota lain di rantau ini, kesesakan lalu lintas amat teruk sehingga seseorang itu terpaksa menghabisk­an masa selama lapan hingga 10 jam tiap-tiap hari di atas jalan raya.

“Sebelum perkara itu terjadi di Kuala Lumpur, kita perlu mengambil langkah awal untuk mengelak keadaan itu (kesesakan) kerana tandatanda sudah boleh dilihat terutama apabila keadaan hujan,” tambahnya.

Katanya, dengan jaringan sistem pengangkut­an yang terbaik, ia sekali gus dapat memberikan manfaat kepada rakyat seperti menjimatka­n masa dan kos perjalanan ke sesuatu tempat, meningkatk­an produktivi­ti dan semangat kerja selain membantu mengurangk­an kos sara hidup.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, projek MRT Laluan SBK berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual asal iaitu pada hujung bulan ini selain menjimatka­n sejumlah RM2 bilion kepada RM21 bilion daripada sasaran awal kos projek sebanyak RM23 bilion.

Selain itu, Najib berkata pelaksanaa­n projek berkenaan turut melibatkan 50 peratus syarikat bumiputera serta 51 peratus peniaga Bumiputera di ruang perniagaan di stesen-stesen MRT.

“Apabila kita melakukan agenda Bumiputera dalam pelaksanaa­n projek MRT, ia tidak mengganggu kelancaran projek kerana hanya yang betul-betul layak sahaja diberikan peluang. Bukan kita bagi kepada kroni,” katanya.

Beliau berkata laluan MRT SBK sepanjang 51 kilometer (km) dengan 31 stesen itu bakal memberi manfaat kepada 1.2 juta rakyat Malaysia selain pelancong yang berkunjung ke ibu negara.

Katanya, projek berkenaan juga mampu memberi impak positif kepada alam sekitar kerana kira-kira 160,000 buah kenderaan dijangka tidak berada di atas jalan raya, sekali gus mengurangk­an 752,000 tan pelepasan karbon dioksida setiap tahun.

Sementara itu, Najib mengumumka­n pemberian diskaun sebanyak 50 peratus untuk tambang perkhidmat­an MRT, LRT dan Monorail kepada semua pengguna bermula hari ini sehingga 31 Ogos sempena hari kemerdekaa­n negara.

Fasa kedua MRT Laluan SBK terdiri daripada 19 stesen termasuk tujuh terletak di bawah tanah.

Stesen berkenaan adalah Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Maluri, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Mutiara, Taman Connaught, Taman Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu Sebelas Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih, Stadium Kajang dan Kajang.

Setiap tren MRT Laluan SBK mempunyai empat gerabak, membolehka­n kapasiti sebanyak 1,200 penumpang setiap perjalanan dengan penumpang harian dianggarka­n sebanyak 400,000 orang.

Tren ini akan bergerak pada frekuensi 3.5 minit pada waktu puncak. — Bernama PUTRAJAYA: Isu jenayah seksual terhadap kanakkanak akan ditangani secara serius melalui langkah pendidikan intervensi yang holistik dan kolektif oleh Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama jabatan dan agensi di bawahnya.

Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata usaha tersebut akan dilakukan melalui pelaksanaa­n program penjelasan jenayah seksual kanak-kanak pada peringkat daerah dan negeri bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada orang ramai tentang isu berkenaan.

“Kita akan bergerak ke banyak lokasi yang telah ditetapkan dan sudah semestinya bukan penerangan mengenai isu jenayah seksual terhadap kanak- kanak sahaja yang akan dibuat tetapi akan dicampurka­n dengan program dan gerak kerja yang lain agar kementeria­n dapat menggunaka­n sumber yang ada dengan sebaiknya,” katanya.

“Kita ada buku panduan yang menyatakan dari segi undang-undang, peraturan dan meningkatk­an kesedaran mengenai jenayah ini dan pada saya undang-undang tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya perkara ini tidak dihayati semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini, semalam.

Taklimat tersebut diadakan sebagai persediaan kepada pegawai KKMM serta agensi di bawahnya untuk memberi penerangan mengenai jenayah itu kepada rakyat.

“Bagi pihak KKMM, penerangan mengenai jenayah ini kepada rakyat boleh dilakukan menerusi Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan turut menyiarkan video kempen kesedaran jenayah tersebut di saluran-saluran mereka,” kata Sharifah Zarah.

Beliau berkata, dari 2014 hingga 2016 sahaja, terdapat 7,862 kes tersebut yang melibatkan mangsa di bawah umur 18 tahun.

Oleh itu, kesedaran dan tindakan bersama melibatkan semua pihak amat penting dan bertepatan sebagai langkah utama dalam menangani dan membantera­s jenayah seksual kanak-kanak dengan lebih berkesan dan bersepadu, katanya.

Pada 22 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap KanakKanak yang beroperasi di Istana Kehakiman, Putrajaya yang ditubuhkan agar dapat mempercepa­tkan tempoh pelupusan kes dan giliran bagi perbicaraa­n kes jenayah seksual membabitka­n kanakkanak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNTUT KEADILAN: Sharifah Zarah (dua kanan) pada Taklimat Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Dewan Menara KKMM di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama TUNTUT KEADILAN: Sharifah Zarah (dua kanan) pada Taklimat Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Dewan Menara KKMM di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia