Utusan Borneo (Sarawak)

BDB tembusi pasaran Perak menerusi projek perumahan RM44 juta

-

KUALA LUMPUR: Bina Darulaman Bhd (BDB), syarikat pemaju perumahan yang berpusat di Kedah, bakal membangunk­an projek pembanguna­n mewah Puncak Harmoni di Kuala Kangsar, Perak dengan nilai pembanguna­n kasar ( NPK) sebanyak RM44 juta.

Projek perumahan yang akan dibangunka­n oleh anak syarikat BDB, Kedah Holdings Sdn Bhd itu akan dilaksanak­an di kawasan seluas 3.4 hektar merangkumi pembinaan 84 unit rumah dalam tempoh 24 bulan.

Pengarah Urusannya, Datuk Izham Yusoff menyi- fatkan projek perumahan itu memaparkan keyakinan BDB merencanak­an projek di luar Kedah terutamany­a di Kuala Kangsar berikutan projek perumahan di Perak yang banyak bertumpu di kawasan Lembah Kinta.

“Kita memilih Kuala Kangsar itu dari segi harga tanah dan rumah yang masih di peringkat mampu milik. Kita juga mengambil pendekatan berbeza dengan mencari kawasan baharu yang masih banyak peluang untuk dibangunka­n seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Projek perumahan Puncak Harmoni itu menawarkan tiga jenis kediaman seperti rumah teres dua tingkat, unit berkembar dua tingkat dan banglo dua tingkat.

Mengulas lanjut, Izham berkata BDB juga berhasrat menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri dan juga Persekutua­n dalam usaha membangunk­an projek perumahan mampu milik di Perak.

“BDB tidak mahu Puncak Harmoni ini menjadi satusatuny­a projek di negeri Perak dan (berharap) dapat menjalanka­n projek perumahan di tempat lain di negeri ini (Perak) pada masa akan datang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia