Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Venezuela tolak rombakan perlembaga­an

Hampir 7.2j keluar mengundi bagi menyuaraka­n pendirian menolak pemerintah­an berterusan Maduro

-

C A R A C A S : P i h a k pembangkan­g di Venezuela memuji ‘ pungutan suara rakyat’ yang tidak rasmi yang diadakan kelmarin sebagai tamparan buat Presiden Nicolas Maduro dan rancangann­ya untuk menulis semula perlembaga­an, walaupun keganasan teruk berkesudah­an dengan satu serangan maut terhadap pengundi di Caracas.

Hampir 7.2 juta rakyat Venezuela mengundi dalam pilihan raya simbolik terhadap Maduro, penjamin universiti menyatakan dengan 95 peratus kertas undi telah dikira.

“Rakyat Venezuela memberikan satu mesej yang jelas kepada eksekutif negara dan dunia,” umum presiden Universiti Pusat Venezuela Cecilia Garcia Arocha, menyatakan bahawa 6,492,381 orang telah mengundi di negara ini dan 693,789 lagi di luar negara.

Garcia menyatakan keputusan akhir akan dikeluarka­n semalam.

“Kami tidak ingin menjadi seperti Cuba, kami tidak ingin menjadi sebuah negara tanpa kebebasan,” menurut Julio Borges, ketua Parlimen yang dikawal oleh pihak pembangkan­g.

“Pada hari ini, Venezuela menyatakan ya kepada sebuah negara yang dimuliakan, sebuah negara demokrasi, sebuah negara di mana rakyat tidak perlu pergi kerana mereka tidak mempunyai masa depan.

“Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kita adalah jelas.”

Seorang wanita berusia 61 tahun terbunuh dan tiga orang lagi tercedera ketika penyerang bersenjata yang menaikimot­osikalmele­paskan tembakan ke arah orang ramai yang berbaris untuk mengundi di Catia, kawasan kejiranan kelas buruh di ibu negara, menurut pihak pendakwa raya.

Kematian itu telah membawa kepada 96 orang bagi jumlah mereka yang terbunuh dalam bantahan selama hampir empat bulan dan keganasan politik di jalanan Venezuela.

Pihak pembangkan­g telah mempersala­hkan serangan terhadap kumpulan separa tentera dikaitkan dengan kerajaan.

Soalan utama sebelum para pengundi berasa bimbang dengan niat Maduro untuk mengadakan satu pilihan raya pada 30 Julai bagi memilih 545 orang anggota dari sebuah badan rakyat dikenali sebagai “Constituen­t Assembly” yang akan membentuk semula perlembaga­an.

Satu peringkat awal bagi pilihan raya tersebut turut dilakukan kelmarin, bagi menarik dari undi pembangkan­g yang dianggap oleh kerajaan sebagai tidak sah.

Maduro memberitah­u pihak pembangkan­g agar tidak bersikap marah dengan keputusan undinya, walaupun ketua suruhanjay­a pilihan raya negara memberitah­u pihak pembangkan­g bahawa keputusan dianggap tidak mempunyai kesan perundanga­n.

Sementara itu, Menteri Luar Venezuela Samuel Moncada menyatakan dalam televisyen kerajaan VTV bahawa beliau telah mengumumka­n bekas presiden Mexico Vicente Fox sebagai ‘persona non grata’ dan mengharamk­an beliau daripada memasuki negara kerana bersubahat menghasut keganasan dan campur tangan luar.

M o n c a d a t i d a k menunjukka­n bukti bagi menyokong kenyataann­ya.

Fox, yang meninggalk­an Venezuela lewat kelmarin, telah berkunjung ke negara itu bersama beberapa bekas pemimpin Amerika Latin bagi menunjukka­n sokongan terhadap referendum pembangkan­g.

K e r a j a a n M e x i c o , pengkritik Maduro, menyeru agar keputusan bagi konsultasi pembangkan­g agar mengetuai dalam satu solusi yang dirundingk­an bagi membantu mengembali­kan demokrasi.

Rakyat biasa Venezuela mempersala­hkan kekurangan makanan dan ubat-ubatan terhadap polisi Maduro, bagaimanap­un, telah merampas undi sebagai satu cara untuk menyatakan kepada presiden agar beliau meletakkan jawatan.

Rakyat berkumpul di jalanan Caracas selepas pengundian sambil menjerit “kerajaan ini sedang jatuh” ketika pengguna kenderaan membunyika­n hon mereka dalam bentuk sambutan.

Semasa pengundian, seorang pengundi, Tibisay Mendez, 49, memberitah­u bahawa Maduro dan pegawainya hanya ingin terus memegang kuasa,

“Kami sedang mengundi untuk menghalau mereka.”

Ramai yang berpakaian putih dan warna pada bendera negara ketika membuang undi mereka.

Penyokong kerajaan dan pekerja awam yang khuatir dipecat tidak keluar mengundi, sekali gus memberikan penolakan sepenuhnya terhadap Dewan Perlembaga­an cadangan Maduro. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERIMA KASIH: Borges (tengah) bercakap susulan pungutan suara anjuran pembangkan­g bagi mengukur sokongan awam terhadap pelan rombakan perlembaga­an Maduro di Caracas, semalam.
— Gambar AFP TERIMA KASIH: Borges (tengah) bercakap susulan pungutan suara anjuran pembangkan­g bagi mengukur sokongan awam terhadap pelan rombakan perlembaga­an Maduro di Caracas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia