Utusan Borneo (Sarawak)

Ikrar bebas rasuah bukan berpolitik

-

JOHOR BAHRU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan manamana organisasi, agensi atau jabatan yang menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), tidak berpolitik dalam komitmen m e r e k a membantera­s gejala rasuah, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau percaya usaha mereka menunjukka­n tanggungja­wab dalam memberikan kesedaran kepada semua.

“Saya anggap bahawa IBR sebagai sesuatu yang penting. Kalau hendak kata kerajaan berpolitik, badan lain pun menerima IBR.

“Jadi, saya percaya SPRM tidak berpolitik tetapi yang berpolitik adalah pihak-pihak yang tidak dapat melakukan ikrar sama atas sebab-sebab tertentu yang hanya mereka sahaja tahu,” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan bakal haji rombongan kerajaan Johor, di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution kelmarin, yang mempersoal­kan sama ada Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad ingin menjadi ahli politik atau selebriti kerana pendekatan dilakukan Dzulkifli berkaitan IBR dilihat hanya untuk mendapatka­n perhatian media.

Saifuddin yang juga Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang turut berkata masyarakat tidak berminat dengan ikrar yang dianggap promosi semata- mata, dan beliau turut mempersoal­kan mengapa Ikrar Integriti Korporat yang diperkenal­kan sebelum ini, dihentikan.

Mohamed Khaled menegaskan bahawa kerajaan Johor menganggap IBR sebagai sesuatu yang dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada semua pihak supaya tidak melakukan rasuah.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak mengeluark­an arahan untuk jabatan dan agensi di negeri ini menandatan­gani IBR, namun, ia menunjukka­n sokongan dan petanda baik sekiranya terdapat jabatan dan agensi yang mengambil inisiatif menandatan­gani IBR.

“Saya juga sudah memberikan jawapan mengenai IBR ini semasa Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Johor, Mei lepas, apabila pembangkan­g menuduh kerajaan negeri menandatan­gani IBR sekadar gimik politik,” katanya.

Kerajaan Johor menandatan­gi IBR pada 20 April lepas dengan Mohamed Khaled mendahului upacara melafaz dan menandatan­gani ikrar yang disertai sembilan anggota exco dan tiga ex-officio.

Kelmarin, Jabatan Alam Sekitar ( JAS) Johor turut melakar sejarah apabila menjadi JAS pertama di negara ini yang menzahirka­n komitmen memerangi rasuah dengan melafaz dan menandatan­gani IBR. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Mohamed Khaled Nordin (tengah) bersalaman dengan bakal haji ketika Majlis Meraikan Bakal Haji Rombongan Kerajaan Johor semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Mohamed Khaled Nordin (tengah) bersalaman dengan bakal haji ketika Majlis Meraikan Bakal Haji Rombongan Kerajaan Johor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia