Utusan Borneo (Sarawak)

DAYANG NURAZIERA HEMBUS NAFAS TERAKHIR PAGI SEMALAM

-

KOTA SAMARAHAN: Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan yang disahkan menghidap kanser hati tahap empat Mei lalu telah menghembus nafas terakhir pagi semalam.

Allahyarha­mah Dayang Nuraziera Abang Affandy, 16, menghembus nafas terakhir sekitar jam 11.30 pagi semalam di kediaman saudara mereka di Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan.

Allahyarha­mah sebelum ini telah menerima rawatan kemoterapi di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Dia baharu sahaja keluar dari hospital petang semalam (kelmarin) sebelum dibawa pulang ke Kampung Sindang. Sekitar jam 12 tengah malam dia mengadu sesak nafas walaupun menggunaka­n peralatan bantuan pernafasan.

“Ramai rakan-rakan dan saudara-mara datang sejak malam tadi (kelmarin), namun Allah lebih sayangkan dia,” kata bapa Allahyarha­mah, Abang Affandy Abang Ahmad, 37, ketika dihubungi semalam.

Bagaimanap­un, dia reda dengan pemergian anak sulungnya itu meskipun harapan untuk melihat anaknya sembuh daripada kanser tidak pernah pudar sebelum ini.

Jenazah Allahyarha­mah telah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Meranek, Desa Ilmu Kota Samarahan selepas sembahyang Asar sekitar jam 4.30 petang semalam.

Terdahulu, jenazah Allahyarha­mah Dayang Nuraziera diuruskan oleh pihak pengurusan Masjid Kampung Sindang untuk dimandi, dikapan dan disembahya­ngkan.

Sebelum ini, Allahyarha­mah Dayang Nuraziera hanya mengetahui bahawa dirinya menghidapi kanser hati atau sirosis tahap empat pertengaha­n Mei lalu ketika bulan Ramadan.

Pada 5 Julai lalu, dia ditemani ibunya, Nor Ashira Abdullah, 36, menjalani rawatan kemoterapi di HUS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang turut sempat menziarahi Allahyarha­mah Dayang Nuraziera pada 15 Julai lalu di HUS.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pihak, saudara-mara dan rakanrakan Allahyarha­mah yang banyak membantu kami sejak kebelakang­an ini.

“Semoga jasa baik anda semua dibalas oleh Allah SWT,” ujar Affandy lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia