Utusan Borneo (Sarawak)

JAMBATAN DIBINA DI SEPANJANG JALAN PESISIR

Jalan terputus disebabkan sungai, antara bakal dilaksana ialah Jambatan Batang Lupar bernilai RM1 bilion

- Oleh Nick Fletcher

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan akan membina jambatan di sepanjang jalan pesisir di negeri ini yang terputus hubungan disebabkan kewujudan sungai.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata antara yang bakal dilaksanak­an ialah Jambatan Batang Lupar yang dianggarka­n bernilai RM1 bilion.

Jelas beliau, disebabkan kos yang tinggi, pembinaan jambatan sepanjang lima kilometer itu akan dibiayai secara 50/50 antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Kerajaan pusat akan mengeluark­an RM500 juta dan kerajaan negeri juga mengeluark­an RM500 juta untuk membina jambatan ini.

“Ia sekarang dalam peringkat rekaan dan kita akan melaksanak­an pembinaan Jambatan Batang Lupar tidak

Kerajaan pusat akan mengeluark­an RM500 juta dan kerajaan negeri juga mengeluark­an RM500 juta untuk membina jambatan ini. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

lama lagi,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Bahagian Samarahan di Dewan Suarah Samarahan di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda E-Perdaganga­n Datuk Mohd Naroden Majais, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, ADUN Muara Tuang Datuk Idris Buang, ADUN Stakan Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud dan ADUN Simunjan Awla Dris.

Selain itu, Abang Johari berkata kerajaan turut merancang membina Jambatan Saribas dan Jambatan Batang Lassa untuk melengkapk­an perhubunga­n di jalan pesisir.

“Kita akan mencari dana untuk membangunk­an jam- batan- jambatan ini,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata setakat ini, dua jambatan yang menghubung­kan laluan pesisir sudah dilaksanak­an iaitu Jambatan Batang Sadong yang siap pada tahun lepas manakala Jambatan Samarahan dijangka siap pada tahun depan.

“Jalan pesisir adalah jaringan yang penting untuk kita membuka serta membangunk­an ekonomi masyarakat di kawasan pesisir pantai namun ia terputus oleh sungai.

“Oleh itu, kita perlu membina jambatan untuk melengkapk­an keseluruha­n perhubunga­n laluan ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BUKA LEMANG: Abang Johari (tengah) bersama tetamu kehormat lain membuka lemang sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Bahagian Samarahan di Dewan Suarah Samarahan, malam kelmarin.
BUKA LEMANG: Abang Johari (tengah) bersama tetamu kehormat lain membuka lemang sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Bahagian Samarahan di Dewan Suarah Samarahan, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia