Utusan Borneo (Sarawak)

CABARAN 4X4 PADAWAN LEBIH HEBAT, MENARIK

Penganjur ubah suai trek di BRS uji kepakaran pemanduan peserta, ketahanan kenderaan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Cabaran 4x4 Antarabang­sa Padawan 2017 yang akan diadakan dari 21 hingga 23 Julai ini di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) bakal menguji kepakaran pemanduan para pelumba yang mengambil bahagian.

Pengerusi Penganjur merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), Dato Ahmad Ibrahim berkata bagi menjadikan cabaran kali ini lebih hebat dan menarik, penganjur telah mengubah suai trek di BRS sesuai dengan kehendak pelumba.

“Para pelumba bakal menempuh pelbagai halangan yang jauh lebih mencabar berbanding edisi sebelumnya.

“Kebanyakan pelumba dari luar negara dan mereka mahukan trek yang bukan sahaja mencabar skil pemanduan malah menguji ketahanan kenderaan mereka.

“Saya difahamkan beberapa peserta telah meninjau trek perlumbaan dan mereka amat berpuas hati dan begitu teruja untuk memulakan perlumbaan,” katanya pada sidang media semalam.

Menurut Ahmad, cabaran kali ini merangkumi tiga kategori iaitu Kumpulan A (modifikasi penuh), Kumpulan B (modifikasi separa) dan Kumpulan C (standard 4x4) yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah keseluruha­n RM50,000.

Antara lain, ia bertujuan menggalakk­an sukan permotoran di Sarawak, mem-

Saya difahamkan beberapa peserta telah meninjau trek perlumbaan dan mereka amat berpuas hati dan begitu teruja untuk memulakan perlumbaan. Dato Ahmad Ibrahim Pengerusi Penganjur merangkap Timbalan MPP

promosi aktiviti permotoran ‘ off- road,’ mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan belia di sini dan mengangkat sektor pelanconga­n sukan negeri.

Melalui acara itu, pihak penganjur berharap untuk meningkatk­an kemasukan pelancong ke Sarawak agar dapat menjana ekonomi kepada penduduk setempat melalui penjualan produk tempatan dan pelanconga­n.

Edisi kedua cabaran itu dianjur dengan kerjasama MPP dan Staytuned Motorsport­s Club dan disokong oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Setakat ini, 40 pasukan dari Sarawak, Indonesia dan Brunei telah mengesahka­n penyertaan.

Menurut Ahmad lagi, cabaran itu dianjur serentak dengan Karnival Ke- budayaan Bengoh ( BCC) yang menampilka­n pelbagai aktiviti seperti Miss Culture Bengoh, pertanding­an memukul gong, sukan rakyat, bazar makanan dan gerai pameran oleh pelbagai agensi kerajaan.

Pengunjung ke BRS akan dikenakan yuran kemasukan berjumah RM2 setiap seorang yang boleh digunakan selama tiga hari untuk menyaksika­n kedua- dua acara tersebut.

 ??  ??
 ??  ?? PASTI HEBAT: Ahmad (enam kiri) bergambar bersama penganjur dan sebahagian daripada pelumba selepas sidang media, semalam.
PASTI HEBAT: Ahmad (enam kiri) bergambar bersama penganjur dan sebahagian daripada pelumba selepas sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia