Utusan Borneo (Sarawak)

Sabung ayam ‘online’ digempur

10 lelaki ditahan, peralatan judi termasuk mesin ‘wukong’ dirampas

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Sebuah premis yang menjalanka­n aktiviti sabung ayam secara atas talian diserbu dan seramai 10 lelaki ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata premis tersebut yang terletak di tingkat atas sebuah bangunan kedai di Sungai Maong, Batu 3 di sini diserbu anggotanya yang diketuai ASP Shuib Abdul Samat sekitar jam 4.30 petang kelmarin.

Menurutnya, selain menahan 10 lelaki berusia lingkungan 34 hingga 63 tahun, pihaknya turut merampas beberapa peralatan perjudian termasuk komputer riba dan televisyen serta wang tunai sekitar RM6,500.

“Semasa pasukan operasi memasuki premis tersebut mendapati mereka sedang menyaksika­n sabung ayam di televisyen dan hasil pemeriksaa­n menda- pati sabung ayam tersebut disiarkan secara langsung dari negara asing.

“Siasatan juga mengesyaki terdapat pertaruhan dibuat terhadap keputusan sabung ayam tersebut,” kata Dev dalam kenyataann­ya di sini semalam.

Selain itu, turut dirampas ialah mesin perjudian ‘wukong.’

“Kesemua barang-barang yang dirampas dan individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen

Semasa pasukan operasi memasuki premis tersebut mendapati mereka sedang menyaksika­n sabung ayam di televisyen dan hasil pemeriksaa­n mendapati sabung ayam tersebut disiarkan secara langsung dari negara asing. Datuk Dev Kumar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

 ??  ?? RAMPAS: Mesin wukong yang dirampas dari premis tersebut.
RAMPAS: Mesin wukong yang dirampas dari premis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia