Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kebakaran selang 23 minit di dua lokasi berbeza

-

BINTULU: Tindakan pantas pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Zon Bintulu dan Samalaju berjaya menyelamat­kan nyawa penghuni dua kediaman dalam dua kejadian kebakaran di dua lokasi berbeza meskipun kedua-duanya kejadian berlaku selang 23 minit di sini petang kelmarin.

Kejadian pertama berlaku pada jam 5.25 petang membabitka­n sebuah hotel jenis pangsapuri di Tanjung Batu yang terbakar 70 peratus, manakala kejadian kedua sekitar 5.48 petang melibatkan sebuah rumah sewa 10 bilik separuh kekal di Sungai Plan Jalan Kidurong yang telah hangus 95 peratus.

Ketua BBP Bintulu Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Di-Hata Gobel yang mengetuai operasi itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran bilik hotel pangsapuri dan bergegas bersama empat anggota diketuai PBK II Steven Plen, satu jentera FRT dan EMRS di samping bantuan daripada lima anggota BBP Samalaju dan sebuah jentera FRT.

“Kebakaran itu membabitka­n bilik hotel terletak di tingkat 14 hotel pangsapuri tersebut yang terbakar 70 peratus dengan anggaran keluasan 12 kaki x 10 kaki,” ujarnya.

Beliau berkata, api berjaya dipadamkan dalam bilik terbabit dengan melalui pemadaman dua alat pemadam api (APA) serta ‘Dry Riser.’

“Kami juga bertindak membuka pintu dan tingkap yang mengeluark­an asap dalam bangunan, mendapatka­n maklumat serta membuat pemantauan persekitar­an bagi memastikan semua dalam keadaan selamat,” katanya.

Pegawai kanan bomba turut berada di lokasi ialah PPgB Hambali Mohamad dan Pegawai Operasi Balai Bomba, PBR Muhamad Jusoh.

Manakala kebakaran di lokasi kedua di Sungai Plan, katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 5.48 petang dan bergegas dengan kekuatan 11 anggota bersama sebuah jentera FRT, Water Tanker dan kenderaan.

Turut membantu ialah lima anggota BBP Samalaju dan sebuah jentera FRT.

“Kebakaran di situ terkawal dan hanya melibatkan sebuah rumah hangus 95 peratus dan rumah terbabit terdiri daripada 10 bilik dijadikan sebagai rumah sewa,” ujarnya sambil menambah operasi pihaknya tamat sekitar jam 7.30 malam.

Dalam pada itu, anggaran kerugian dan punca kebakaran di dua tempat terbabit masih dalam siasatan.

 ??  ?? MUSNAH: Keadaan rumah berstruktu­r separuh kekal yang hangus di penempatan Sungai Plan.
MUSNAH: Keadaan rumah berstruktu­r separuh kekal yang hangus di penempatan Sungai Plan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia